top of page

Guna sekali lagi logo KEADILAN pada PRU 15 - KEADILAN Negeri Johor



KEADILAN negeri Johor mahu logo parti itu digunakan sekali lagi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut Kenyataan bersama Majlis Pimpinan Negeri, Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita KEADILAN Johor, logo parti berkenaan telah dianggap sinonim dengan perjuangan rakyat marhaen menentang korupsi dan penindasan selama lebih dua dekad serta mempunyai tarikan tersendiri.


"Kami mewakili 57,162 anggota KEADILAN di seluruh 26 Cabang di Negeri Johor menggesa supaya logo dan bendera KEADILAN digunakan pada PRU15 yang akan datang.


"Logo KEADILAN merupakan satu jenama yang telah dikenali di seluruh Malaysia setelah lebih 20 tahun di mata dan hati rakyat.


"Penjenamaan perjuangan bercogankan “Keadilan Untuk Semua” tanpa mengira kaum, agama, gender telah dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat.


"Ini telah terbukti dengan majoriti rakyat menzahirkan sokongan dan memberi mandat pada PRU 14 yang lalu dan menjangkakan agenda reformasi diteruskan," kata mereka dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, KEADILAN Johor mahu cadangan yang diutarakan dalam Kongres KEADILAN Nasional yang lepas menjadi realiti bagi menjamin kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU akan datang.


"Seperti yang telah diungkap oleh wakil dari Negeri Johor Darul Takzim di Kongres KEADILAN Nasional yang lepas, kami seluruh kepimpinan Negeri Johor termasuk semua Ketua Cabang, Ahli Parlimen serta ADUN di negeri ini mengambil ketetapan dan menggesa penggunaan logo KEADILAN sebagai satu langkah yang amat tepat dan paling sesuai. Logo KEADILAN sebagai satu formula yang akan membawa kemenangan pada PRU15 nanti," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page