top of page

Guna getah beku bahan turapan jalan, tingkat harga getah asli - Nurin Aina



Teknologi penurapan jalan menggunakan bahan campuran getah beku yang dibangunkan oleh institusi pendidikan tinggi tempatan seharusnya digunakan dengan maksimum.


Ahli Parlimen Merbok, Nurin Aina Surip berkata, kajian yang dilakukan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) pada Jun 2015 yang lalu dalam penggunaan Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (Cuplump Modified Asphalt – CMA) bukan sahaja menjadikan permukaan jalan tahan lasak tetapi menguntungkan dari sudut penyelenggaraan kerana ia dianggap ‘free maintenance’.


Beliau berkata demikian dalam soalan tambahan sesi Sidang Dewan Rakyat semalam.


"Meskipun penggunaan getah beku ini akan mengambil kos yang agak tinggi sekitar 15% pada awal penggunaannya namun ia memberikan keuntungan dalam jangka masa panjang kerana mampu menjimatkan kos penyelenggaraan dengan anggaran RM25,000 bagi setiap kilometer.


"Selain dari itu, usaha ini mampu memperluaskan penggunaan getah beku sebagai salah satu bahan komoditi tempatan penting negara.


"Berdasarkan kajian oleh LGM, sebanyak 4.2 tan getah beku diperlukan untuk turapan satu kilometer jalan dan ini juga akan mensasarkan peningkatan penggunaan domestik getah sebanyak 10% setahun.


"Kerajaan sebelum ini telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta dalam Belanjawan 2019 untuk pembangunan teknologi Cuplump Modified Bitumen (CMB) dan 59 lokasi telah mendapat manfaat dengan pembinaan turapan jalan CMA sebanyak 202.68 km," katanya.


Justeru menurut Nurin lagi, penggunaan getah beku ini akan meningkatkan harga getah di pasaran tempatan serta dapat mengimbangi harga antarabangsa bagi komoditi itu yang menurun sejak beberapa tahun lalu.


"Saya sangat menyokong jika Kementerian berusaha mengenengahkan penggunaan getah beku secara meluas dalam turapan jalan terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar.


"Saya yakin penggunaan getah beku ini bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah kerosakan yang berulang kerana kelebihannya yang tahan lasak, tahan gelinciran dan pemanduan yang lebih selesa di samping mampu menstabilkan harga getah yang secara tidak langsung akan membantu lebih 400,000 penoreh getah di negara ini," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page