Penggunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional 1.0 tidak mempunyai maklumat lengkap untuk disemak.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak agar dibentangkan pembelian vaksin menggunakan peruntukan khas tersebut supaya jelas perbelanjannya.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson tersebut, pengurusan dana itu perlu dipastikan cekap, tidak ada ketirisan dan pembaziran serta mempunyai tatakelola yang ketat termasuk dalam hal berkaitan perolehan vaksin Covid-19.
"Sampai sekarang kita tiada maklumat yang lengkap dan teliti tentang kos vaksin dan juga perincian kaedah perolehannya," katanya dalam sesi membahaskan RUU KWAN (Pindaan) 2021.
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menjawab hujah tersebut dengan berkata, kos perolehan dana KWAN tidak boleh didedahkan kepada umum secara terperinci.
Namun, katanya, ia sudah didedahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang negara (PAC) dan menjelaskan apa yang sudah dibelanjakan.
Comments