top of page

Gubal undang-undang baharu, Parlimen perlu bersidang penuh

Oleh: Redzuan Shamsudin

Wabak Covid 19 yang beransur reda dan lengkuknya mulai landai dengan semakin ramai yang dijangkiti beransur pulih mewajarkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memikirkan semula idea sidang Parlimen sehari pada 18 Mei ini. Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa agar persidangan Parlimen sepenuhnya dilaksanakan pada sesi kali ini memandangkan beberapa undang-undang baharu perlu digubal, selain membahaskan pakej ransangan kerajaan yang diumumkan bulan lalu. "Kesan Covid-19 terhadap ekonomi negara besar, begitu banyak syarikat kehilangan pendapatan dan ramai mungkin kehilangan pekerjaan. "Majlis Peguam serta persatuan-persatuan perniagaan juga menggesa beberapa akta dipinda atau undang-undang baharu digubal bagi menangani masalah dan memastikan sektor ekonomi dapat berjalan dengan baik. "Pelbagai masalah perlukan perhatian khusus Parlimen, termasuk isu kebajikan, pekerjaan, malah juga semak - imbang perjalanan kerajaan bagi menjamin ketelusan. "Oleh itu, Majlis Presiden berpendirian Parlimen wajib bersidang penuh. SOP yang telah ditetapkan Dewan Rakyat bagi membolehkan sidang Parlimen berjalan pada 18 Mei ini cukup bagi membolehkan sidang diteruskan selama sekurang-kurangnya dua minggu," kata satu kenyataan yang dikeluarkan bersama Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu. Menurut kenyataan itu lagi, sekiranya kerajaan PN boleh membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi penuh bermula 29 April, tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditentukan, maka Parlimen yang lebih penting peranannya wajar dipulihkan seperti biasa. Majlis Presiden juga menggesa beberapa pindaan kepada Peraturan Mesyuarat dilakukan bagi melancarkan sidang Parlimen, termasuk secara dalam talian dan dengan jumlah Ahli Parlimen yang berkurangan tanpa menjejaskan korum atau peratusan undian parti masing-masing.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page