top of page

Gubal akta awasi pendanaan parti politik, elak politik wang



Oleh: Helmi Mohd Foad


Kerajaan disaran agar mewujudkan Akta Parti Politik untuk mengawas pembentukan, operasi dan pendanaan parti politik di negara ini.


Perwakilan Selangor Ainul Aizura Ahsan berkata langkah itu perlu dilakukan dalam meningkatkan ketelusan parti politik.


"Akta Parti Politik akan menjadi langkah besar dalam meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti parti politik di Malaysia.


"Ini juga akan memerlukan parti politik untuk menetapkan aturan dan prosedur internal untuk mempromosikan demokrasi dan tatakelola yang baik dalam parti," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Wanita KEADILAN pada Kongres Nasional Tahunan Wanita Keadilan ke-17 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini.

Jelas beliau Akta Parti Politik juga akan membantu mengurangkan pengaruh wang dalam politik dan mencegah parti politik digunakan untuk tujuan korup.


"Akta Parti Politik harus mencakupi mekanisme membolehkan masyarakat mengajukan keluhan dan menyampaikan segala ketidakpuasan terhadap parti politik untuk mendapatkan keadilan," ujarnya.


Katanya kerajaan disarankan agar mewajibkan semua parti politik mengisytiharkan pendanaan dan penggunaan wang mereka secara berkala.


Wakil Kedah Fatin Nurhamizah Mohd Sukri

Sementara itu, perwakilan Kedah Fatin Nurhamizah Mohd Sukri membangkitkan persoalan tentang banyak manfaat yang telah disediakan oleh Kerajaan Perpaduan tetapi masih lagi belum sampai ke pengetahuan rakyat terutamanya di kampung-kampung.


"Apakah yang kita telah lakukan? Masih lagi leka dengan corak pimpinan yang berbeza pandangan? Atau menanti pelangi di ke siang hari?


"Bangun rakan-rakan seperjuanganku. Dulu, berita tak sampai jika tiada radio, surat ataupun TV. Kini semua hanya di hujung jari.


"Tapi kenapa masih tak diketahui? Inilah Malaysia, banyak cerita di kedai kopi dijadikan olahan padahal tidak tahu akan kesahihan berita yang disampaikan," ujarnya.

 
 

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page