top of page

GST tidak sesuai dilaksanakan sekarang, gaji rakyat masih rendah - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 20
  • 2 min read

PM DS Anwar menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya
PM DS Anwar menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya

Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tetap kekal dengan pendiriannya sebelum ini bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak sesuai dilaksanakan ketika nilai ambang pendapatan rakyat masih lagi rendah.


Sambil mengakui ketika menjadi Menteri Kewangan kali pertama dahulu, beliau menerima pandangan bahawa GST adalah sistem percukaian yang cekap dan telus, namun kerajaan terpaksa menangguhkannya kerana pendapatan rakyat ketika itu terlalu rendah.


"Walaupun ada pengecualian tapi banyak yang terkena... gula, beras mungkin tak kena tapi beli barang lain, naik bas pun kena GST, ia menyeluruh, memang senang, efisien tapi biarlah pendapatan rakyat naik dahulu, mungkin gaji RM4,000.


"Tapi sekarang orang gaji RM1,200 pun ada, RM2,000 pun ada, mungkin saya tidak bijak dalam membuat keputusan ini tetapi niat saya tidak mahu mengenakan cukai yang beri kesan menyusahkan rakyat bawahan, itu saja rasionalnya," kata beliau pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.


Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pihaknya masih boleh memberikan ruang bagi mana-mana pihak memberikan pandangan berkaitan pendekatan GST namun mereka tidak sepatutnya mengutuk dasar kerajaan mahu memperluaskan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).


Jelas beliau dasar yang akan dikuat kuasa mulai 1 Julai ini dilakukan secara bersasar dan progresif untuk meningkatkan kedudukan fiskal kerajaan dan kemudian menyalurkannya untuk bantuan dan projek rakyat terutamanya membabitkan sektor kesihatan dan pendidikan.


"Ambil contoh peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pada 2023 sebanyak RM8 bilion disalurkan, kini mencecah RM13 bilion untuk manfaat sembilan juta rakyat. Begitu juga pendidikan, kita tambah kepada RM64 bilion untuk sekolah anak-anak kita.


"Kementerian Kesihatan juga terima peningkatan RM4 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan RM45 bilion. Kita ambil (cukai) untuk pulangkan kepada rakyat," ujarnya.


Mengenai rungutan orang ramai langkah kerajaan meluaskan cukai kepada buah-buahan import, Anwar berkata perkara itu menjadi isu besar sedangkan niat kerajaan adalah untuk membantu meningkatkan pendapatan golongan petani tempatan.


Justeru itu kata beliau, seluruh agensi kerajaan telah diarahkan agar tidak menghidangkan buah-buahan import dalam majlis-majlis rasmi.


"Saya kata makanlah buah tempatan, maknanya itu peluang petani mengeluarkan bahan tempatan lebih banyak. Kita beri arahan seluruh jabatan kerajaan tidak ada lagi (hidang) bahan import, kalau nak makan ikan kod itu sendiri-sendiri, " katanya.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page