top of page

GST tidak sesuai dilaksana ketika ini - Timbalan Menteri Kewangan II



Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak sesuai diperkenalkan semula pada masa ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong.


Ditemui pemberita selepas mengadakan dialog sempena Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Perak di Ipoh, pada Isnin beliau berkata pelaksanaan semula GST tidak wajar terutama ketika ekonomi dunia mengalami keadaan yang agak perlahan.


Malah kerajaan tegasnya perlu meneliti pelaksanaan GST secara keseluruhan dan bukan sekadar mendengar cadangan daripada pihak tertentu.


"Mereka ada sebab tertentu untuk GST dilaksanakan. Contohnya golongan peniaga, mereka kata GST itu boleh dituntut semula tetapi kita meneliti bukan sahaja kepada satu atau dua golongan, kita lihat kepada keseluruhannya.


"Saya tidak kata cukai ini baik atau tidak baik tetapi (kini) bukan masa yang sesuai, terutama semasa kita sedang mengalami keadaan ekonomi yang agak perlahan di seluruh dunia, kos harga barang naik, (GST) belum sesuai untuk (dilaksanakan) masa kini," katanya dipetik.


Mengulas lanjut mengenai cadangan supaya GST dilaksanakan pada kadar lebih rendah berbanding sebelum ini, beliau berkata kerajaan mempunyai kaedah lain bagi menambah hasil negara selain pelaksanaan GST.


"Kita mempunyai cara lain, pengurusan fiskal lebih baik, sistem pencukaian lebih baik, pemerolehan lebih baik, pemerolehan kerajaan, kita mempunyai semua cara ini (termasuk) subsidi bersasar. Berlandaskan semua cara ini, kita boleh menguruskan fiskal kita tanpa perlu melaksanakan GST buat masa ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page