top of page

GST hanya boleh dilaksana jika pendapat rakyat meningkat



Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada 2018 lalu hanya akan dipertimbangkan untuk dilaksana semua sekiranya pendapatan rakyat telah meningkat ke kedudukan yang munasabah.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN - tanjung Karang) berhubung tempoh GST akan dilaksanakan semula.


"Untuk soalan GST saya nyatakan dari dulu masa Ketua Pembangkang bahawa dari segi efisien, ketelusan percukaian itu (ada pada) GST tetapi kita belum bersedia kerana tahap pendapatan rakyat masih rendah. Jadi saya tidak fikir dalam 6 bulan atau setahun kita boleh pertimbangkan. Pendapatan rakyat mesti naik dahulu.


"Semua negara yang laksana GST seperti Singapura, Kanada atau New Zealand, itu dikira pendapatan minima rakyat agak munasabah untuk hidup. Sekarang 130,000 miskin tegar, B40 masih ramai, jadi tidak boleh dipertimbangkan buat masa sekarang," katanya.


Dalam tempoh itu, kata Anwar, terdapat 2 cukai lain diperkenalkan untuk memperolehi lebihan hasil daripada golongan kaya atau yang mempunyai pendapatan lumayan.


"Sekarang kita perkenalkan Cukai Keuntungan Modal dan Cukai Barang Mewah. Selain langkah tegas mengelakkan kebocoran pembayaran cukai.


"Kepada LHDN saya beritahu tauke maha kaya ini, dia elak bayar cukai. Ada perlindungan. Ini bukan perkara baru. Kita jangan tolak ansur dalam mempastikan orang maha kaya bayar cukai dan jangan larikan wang mereka keluar negara.


"Ini berlaku sebab itu saya telah arahkan supaya siasatan dilakukan termasuk ke atas Pandora Papers. Malangnya ada YB yang pertahankan orang pelari cukai, kononnya kes lama. Saya tak peduli lama baru, kalau kamu curi wang negara, bayar balik. Itu pendapat saya," katanya dalam perbahasan Dewan Rakyat sesi soalan Perdana Menteri, pagi tadi

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page