top of page

GST belum sesuai dilaksanakan, pendapatan rakyat masih rendah



Oleh: Abdullah Zaid


Kenaikan 2% Cukai Perkhidmatan sejak 1 Mac lalu membuka cadangan untuk dilaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6% sebagaimana diperkenalkan oleh pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak sedekad lalu.


Bagi golongan pro GST, dengan kenaikan Cukai Perkhidmatan 2% kerajaan dicaci sebegitu rupa oleh penyokong PN di media sosial maka kesannya akan sama sahaja sekiranya dilaksanakan semula GST.


Bagaimanapun, menurut Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail, cukai regresif tersebut belum sesuai dikembalikan memandangkan kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah di negara ini masih bergelut dengan situasi yang baru pulih daripada kemelut pandemik Covid-19.


"Jika kita lihat rakyat Malaysia pada ketika ini, 70% pekerja di negara ini masih memiliki pendapatan bawah RM2,500 sebulan dan mereka perlu memiliki gaji antara RM3,500 dan RM4,000 (sebelum difikirkan untuk GST).


"Oleh itu, sekiranya GST dilaksanakan sudah pasti ia akan menekan golongan tersebut," katanya kepada Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Naib Presiden MCA, Datuk Ir Lawrence Low yang mahu kerajaan mengembalikan cukai berkenaan.


Kata Low, langkah itu dilihat sesuai memandangkan sistem cukai GST lebih menyeluruh berbanding memperkenalkan cukai dan tarif baharu seperti yang dilaksanakan pada ketika ini.


Namun Fitri berpendapat, cara yang lebih sesuai adalah dengan mengawal kenaikan harga barang biar pun Cukai Perkhidmatan naik 2% kerana banyak kategorti perkhidmatan tidak melibatkan kenaikan tersebut, melainkan yang digunakan oleh golongan berkemampuan.


"Beban tanggungan (cukai) bukan sahaja perlu dilihat dalam kalangan miskin tegar tetapi juga anak muda baru bekerja, pasangan baru berkahwin atau golongan yang mempunyai tanggungan ramai.


"Sebab itu saya mencadangkan mekanisme paling baik adalah kerajaan mengawal harga barang yang tidak dikenakan cukai baharu," ujarnya lagi.


Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada Oktober tahun lepas menyatakan kadar Cukai Perkhidmatan akan dinaikkan kepada 8% daripada 6% manakala kadar cukai barangan bernilai tinggi akan dikenakan antara 5% dan 10% mulai Mei ini.


Dalam hal berkaitan, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan kerajaan belum bercadang memperkenalkan semula GST disebabkan pengenaannya yang meluas selain cabaran kos sara hidup yang tinggi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page