top of page

GRS rasa dihargai dalam pentadbiran PM Anwar



Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun memuji komitmen kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersungguh mahu mewujudkan perpaduan di negara ini.


Ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Krismas Parti Bersatu Sabah (PBS)-Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) di Kota Kinabalu pada Isnin, Masidi berkata kehadiran pihaknya dalam gabungan kerajaan benar-benar telah dihargai.


Justeru katanya, pendirian GRS adalah sama seperti yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bahawa pendirian gabungan itu jelas menyokong kepimpinan Anwar untuk terus menerajui kepimpinan negara sehingga sekurang-kurangnya habis penggal.


"Di bawah Kerajaan Perpaduan setiap ahli hendaklah dilihat sebagai penting, kita rasa dihargai dalam sebuah kerajaan yang dibentuk


"Sebagai tanda terima kasih kita atas pengiktirafan itu, kita telah menyatakan dari awal bahawa kita menyokong penuh kepimpinan beliau untuk terus menjadi Perdana Menteri sehingga penggal ini selesai," katanya dipetik.


Mengulas lanjut, kata beliau, Malaysia antara negara yang baik jika dibandingkan dengan negara-negara membangun lain namun kestabilan negara ini dijejaskan dengan isu perpaduan yang menyentuh tentang hubungan kaum dan agama.


GRS tegasnya ingin memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi kerana kehidupan rakyat cukup terjejas dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.


"Jadi saya minta supaya kita lupakan sementara segala perbezaan remeh temeh politik dan tumpu kepada menyatupadukan semua usaha serta fokus untuk memulihkan ekonomi.

"Apabila bercakap pasal perpaduan dan hubungan suku kaum, barangkali mereka di seberang sana (Semenanjung) boleh melihat bagaimana kita di Sabah boleh mewujudkan silaturahim dan hubungan yang baik walaupun dalam politik masih ada perbezaan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page