top of page

GRM sokong langkah politik Anwar selamatkan Malaysia, keluar dari pandemik Covid 19


Gabungan Reformis Malaysia (GRM) menyokong sebarang langkah politik terbaharu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyelamatkan ekonomi Malaysia dan membawa keluar negara dari pandemik Covid 19.


Menurut koordinator GRM, Mustaffa Kamil Ayub, gabungan itu mendukung strategi untuk membentuk permuafakatan politik baharu sebagaimana yang digembar-gemburkan demi mengelakkan negara tergelincir daripada landasan sebenar dan memusnahkan ekonomi.


"GRM mengalu-alukan dibina permuafakatan baharu politik dalam merangka pelan tindakan yang lebih menyeluruh serta meyakinkan bagi menangani kemelut


"Ini juga dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada orang politik. Ia juga memerlukan kesediaan berbeza pandangan, semangat musyawarah dan kerjasama.


"Negara perlukan idealisme perjuangan dengan tatakelola baik kerajaan, membela yang tertindas dan miskin, menegakkan keadilan dan perkongsian bersama kemakmuran negara


"GRM yakin dengan keikhlasan, komitmen bersama serta semangat itqan, Malaysia akan mampu keluar daripada kemelut politik dan ekonomi sekaligus membina Malaysia Baharu yang gemilang," katanya dalam satu kenyataan.


Tegas Mustafa, GRM mengesa kerajaan Perikatan Nasional untuk melaksanakan pendekatan baharu menangani Covid 19 termasuklah perkongsian maklumat tepat, penyelarasan antara kementerian, memastikan tiada penyelewengan serta amalan pemakanan bernutrisi dalam meningkatkan imunisasi rakyat Malaysia keseluruhannya.


Selain itu, gabungan 10 pertubuhan reformis tersebut juga bersetuju dengan pendekatan Pakatan Harapan dalam memperjuangkan golongan miskin kerana golongan itu paling terjejas berdepan Covid 19.


"Peruntukan Belanjawan Negara dalam menangani Covid 19 sewajarnya dipastikan sampai ke sasarannya secara segera, tepat dan mencukupi. Ini termasuklah bantuan kepada peniaga-peniaga kecil serta dipanjangkan moratarium kepada peminjam-peminjam.


"GRM juga amat mengalu-alukan pengiktarafan terhadap NGO, anak muda dan wanita yang terlibat dalam kerja-kerja kebajikan membantu rakyat.


"Kami turut menyokong sidang Parlimen dibuka semula dengan SOP yang ketat bagi membolehkan perwakilan semua pihak membahaskan hal-hal utama dalam menangani kemelut semasa negara," kata Presiden Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT) itu lagi.


GRM dianggotai NGO-NGO pro Reformasi; Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT), Pro98 Reformis, Otai Reformis 98, Jingga 13 Malaysia, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM), Pertubuhan Kebajikan Pahlawan Malaysia (PAHLAWAN), Gerakan Reformasi Veteran ATM (GRVATM), Persatuan Media Sosial (PEMASSA), Gerak Aktif Sosioekonomi Amal Kebajikan (GASAK), Pertubuhan Gerakan Pejuang Negara Malaysia (GMPN), Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MASSA)


0 comments

Recent Posts

See All

Коментарі


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page