top of page

GRM sokong Anwar derma elaun Ketua Pembangkang ke tabung fakir miskin

Updated: Oct 20, 2021



Gabungan Reformis Malaysia (GRM) menyokong penuh tindakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendermakan elaun yang dijanjikan oleh Kerajaan Perikatan Nasional 2.0 ke tabung rakyat miskin.


Menurut Koordinator GRM, Mustaffa Kamil Ayub, tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tersebut bertepatan dengan perjuangan PH yang mendahulukan rakyat dan negara.


"GRM merakamkan tahniah atas keputusan menolak faedah dan kemudahan bertaraf menteri, sebaliknya memilih untuk didermakan kepada Tabung Rakyat Miskin.


"Bertepatan dengan titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sewaktu Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1443H yang melafazkan hasrat umah rindukan pemimpin tidak zalim, amanah, jujur, ikhlas, berani menegakkan kebenaran serta tegas melaksanakan keadilan.


"Ini juga selaras dengan seruan Datuk Seri Anwar yang selalu menyebut soal pembelaan golongan miskin terutamanya akibat Covid 19," katanya.


Selain itu, menolak elaun juga, kata Mustaffa menggambarkan sikap tidak ingin membazir peruntukan dan dana rakyat dan menyahut penentangan umum terhadap ahli-ahli politik Umno, Pas dan Bersatu yang dilantik ke jawatan tertentu bagi memastikan sokongan terhadap pemerintah.


"Ia juga membayangkan komitmen, iltizam dan pengorbanan peribadi Datuk Seri Anwar yang sentiasa mengutamakan rakyat dalam setiap pertimbangan dan keputusan.


"Semoga Allah swt memberkati Datuk Seri Anwar dan perjuangan Reformasi," katanya.


Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh 10 NGO yang bergabung di bawah GRM.


Untuk rekod, berasarkan surat yang dihantar oleh kerajaan Malaysia, Datuk Seri Anwar ditawarkan elaun bertaraf menteri berjumlah hampir RM40,000 sebulan. Bagaimanapun Anwar tidak gembira dengan bayaran itu, sebaliknya beliau hanya mahu pembantu untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan di pejabat Ketua Pembangkang dan akan mendermakan pemberian elaun berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page