GRM gesa kerajaan PN jangan berdolak dalik, segera buka sidang Parlimen


Gabungan Reformis Malaysia (GRM) terdiri daripada 10 NGO memperjuangkan Reformasi menggesa agar Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) segera membuka Parlimen sebagaimana titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja.


Penyelaras GRM, Mustaffa Kamil Ayub berkata, tidak ada alasan lagi untuk kerajaan PN berdolak dalik berhubung pembukaan parlimen dan berlindung di belakang perisytiharan Darurat bagi meneruskan pentadbiran mereka yang lemah.


"GRM berpandangan sama dengan kenyataan media Majlis Raja-raja yang dengan jelas menyebut keperluan Parlimen bersidang dalam tempoh yang segera.


"Perintah Darurat juga tidak perlu dilanjutkan selepas 1 Ogos 2021 serta keperluan dilantik kerajaan yang stabil, telus dan mendapat sokongan rakyat.


"Bagi GRM kerajaan PN tidak harus berdolak dalik di atas keputusan Majlis Raja-raja (berhubung pembukaan Parlimen) kerana sejumlah besar negara terus mengadakan sidang Parlimen dengan SOP yang berkesan.


"Dalam keadaan pandemik Covid 19 ini juga, Parlimen merupakan medan yang paling sesuai menentukan teraju kepemimpinan negara melalui undi di Dewan sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan.


Mustaffa juga melahirkan rasa syukur dengan kenyataan media Agong dan Majlis Raja-raja kelmarin yang memahami kesusahan serta penderitaan rakyat dan mahukan kerajaan PN membuka semula Parlimen bagi mencari solusi menangani pandemik Covid 19.


Selain itu, beliau menggesa para reformis menjunjung tinggi institusi Raja Berpelembagaan Malaysia serta menghayati semangat baharu "Reformis berjuang, berkhidmat dan berjasa".


GRM terdiri daripada Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT), Pro98 Reformis, Otai Reformis 98, Jingga 13 Malaysia, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM), Pertubuhan Kebajikan Pahlawan Malaysia (PAHLAWAN), Gerakan Reformasi Veteran ATM (GRVATM), Persatuan Media Sosial (PEMASSA), Gerak Aktif Sosioekonomi Amal Kebajikan (GASAK), Pertubuhan Gerakan Pejuang Negara Malaysia (GMPN), Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MASSA).





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER