top of page

Grabfood: Biro Pekerja KEADILAN mahu rider tubuh kesatuan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 23, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Pekerja p-hailing diseru untuk menubuhkan kesatuan sekerja bagi memastikan suara mereka didengari khususnya dalam isu kebajikan.


Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang juga mantan Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata, pihaknya bersedia membantu pekerja p-hailing menubuhkan kesatuan mahupun bergabung dengan badan pengerak pekerja yang lain.


"Saya membuka ruang saudara-saudara untuk datang segera ke House Union bagi bergabung dengan kesatuan yang ada untuk memperjuangkan hak sebagai pekerja di negara ini.


"Sebagai Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN saya bersedia menawarkan bantuan membantu petugas p-hailing menegakkan hak mereka," katanya dalam sidang media petang tadi.


Beliau berkata demikian bagi mengulas bantahan penunggang p-hailing, Grabfood Malaysia (Grabfood) susulan penurunan kadar bayaran penghantaran mereka tanpa penjelasan lanjut daripada pihak syarikat.


Menurut beliau, penubuhan kesatuan penting bagi memastikan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 iaitu undang-undang mengawal selia perhubungan antara majikan dan pekerja dapat dimeterai secara bersama.


"Maknanya, pekerja boleh menuntut harga lantai, hak pekerjaan untuk mendapatkan insurans dan cadangan mengenai isu-isu berbangkit dapat dijelmakan.


"Bahkan sesiapa yang melanggar, boleh dihukum termasuklah syarikat-syarikat yang terbabit," ujarnya lagi.


Justeru, beliau menegaskan dengan adanya kesatuan itu dapat menyelesaikan masalah utama yang dihadapi oleh pemandu dan penunggang p-hailing pada ketika ini.


"Saya dan kesatuan bersedia untuk membantu semua pekerja p-hailing menyelesaikan masalah utama mereka.


"Masalah pokok ini harus berlandaskan kepada undang-undang. Di mana syarat yang dipersetujui yang berpandukan akta sedia ada," katanya lagi.


Isu pekerja p-hailing menjadi panas pada waktu ini apabila dijadikan bahan politik oleh pemimpin muda Bersatu yang menganggap kerajaan tidak membela para pekerja berkenaan.


Sedangkan kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif serta bantuan meningkatkan skil kepada pekerja p-hailing, termasuk mewujudkan pakej khas talian telefon berharga diskaun untuk memudahkan pekerja p-hailing menjalankan tugas harian.

1 Comment


GK Ho
GK Ho
Jan 24, 2024

Adakah sesiapa paksa rider berkerja untuk Grabfood? Dulu pernah boycott kenapa sekarang masih mahu kerj. Kalau tak di paksa, resign terus join Shopee, lala move, banyak lagi.

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page