
Wanita KEADILAN Sarawak menggesa Gabungan Parti Sarawak (GPS) agar tidak mempolitikkan bantuan bakul makanan 'Sarawak Ku Sayang' yang
diedarkan baru-baru ini dengan menggunakan latar belakangkan logo parti GPS.
Katanya, tindakan tersebut menyelitkan kertas pangkah undi parti GPS adalah tindakan kurang wajar.
"Wanita KEADILAN Sarawak menyeru GPS untuk menghentikan permainan politik kotor ini yang kian berlarutan tanpa segan silu mempolitikkan bantuan bakul makanan hasil dari dana pembayar cukai.
"Ia seolah-olah bantuan yang dihulurkan sumber dana parti GPS semata-mata.
"Tingkatkan integriti kurangkan kontroversi dan berhenti mengelirukan rakyat," katanya.
Wanita KEADILAN Sarawak turut menganggap GPS telah memanipulasi bantuan tersebut.
"Kaedah pengagihan bakul makanan dengan mengibarkan bendera GPS bukannya logo Sarawak Ku Sayang atau Jata Kerajaan Sarawak dilihat seolah-olah merendahkan martabat jata Kerajaan Sarawak," katanya.
Comments