Golongan belia teroka ekonomi digital, kuasai teknologi AI
- Suara Keadilan

- 4 hours ago
- 1 min read

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru golongan belia Malaysia berani meneroka bidang ekonomi digital dan teknologi kecerdasan buatan AI.
Menurutnya, penguasaan dalam bidang inovasi dan teknologi menjadi keperluan penting untuk generasi muda menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran kerja semasa sekaligus memastikan mereka kekal berdaya saing dalam dunia yang semakin mencabar dan kompleks.
"Belia perlu berani melangkah ke hadapan dalam bidang ekonomi digital, keusahawanan, inovasi sosial, kepimpinan komuniti serta teknologi masa depan.
"Negara memerlukan anak muda yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan kemahiran tetapi juga mempunyai nilai, akhlak dan semangat cintakan negara," katanya dipetik.
Terdahulu, Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak hadir merasmikan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB @ HBN) 2026 Peringkat Kawasan Cheras dan Bandar Tun Razak.
Sementara itu, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa belia Malaysia mempunyai daya tahan dan kreativiti yang tinggi untuk mencari penyelesaian kepada setiap permasalahan berkaitan kos sara hidup dan kesihatan mental
Dalam masa sama jelasnya, kerajaan melalui pelbagai inisiatif akan terus memberi fokus kepada pembangunan belia khususnya dalam bidang keusahawanan dan kepimpinan bagi melahirkan generasi muda yang progresif.
"Gunakanlah tenaga, idea dan potensi yang ada untuk membawa manfaat kepada agama, bangsa dan negara," tambahnya.




Comments