top of page

Golongan belia kukuhkan jati diri harungi perubahan digital - Dr Wan Azizah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 18
  • 1 min read

Golongan belia di negara ini diseru memperkukuh jati diri dan keupayaan menilai kesahihan maklumat bagi menghadapi perkembangan kecerdasan buatan (AI).


Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) berkata, perubahan landskap digital menuntut generasi muda lebih berwaspada terhadap kandungan yang diterima termasuk ancaman penipuan dalam talian yang semakin meningkat.


"AI ni boleh buat orang nampak macam saya, tapi sebenarnya bukan saya. Jadi sangat penting untuk kita tahu apa yang benar dan apa yang palsu. Mana satu betul dan mana satu tidak," katanya dipetik laporan media.


Dr Wan Azizah menyampaikan pesan itu pada Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) 2026 Peringkat Kawasan Bandar Tun Razak di Pusat Belia Antarabangsa di Kuala Lumpur pada Jumaat.


Mengulas lanjut beliau berkata, belia merupakan kelompok penting yang akan mencorakkan masa depan negara.


Justeru, dalam usaha melahirkan individu berilmu, berkemahiran serta berdaya saing, golongan beliau perlu dibangunkan dengan menguasai semua aspek termasuk kepimpinan, ekonomi, kesukarelawanan, kesihatan mental dan integriti.


Menyentuh mengenai persidangan MPBN, Dr Wan Azizah menyifatkan ia sebagai platform rasmi yang menghimpunkan suara belia dan pihak berkepentingan supaya perbincangan dibuat secara terbuka, tersusun dan fokus.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, setiap pandangan, cadangan dan resolusi yang dikemukakan terutama melibatkan dasar dan kerjasama rentas agensi perlu direkodkan serta diteliti untuk perhatian pihak berkaitan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page