top of page

Golongan B40 nikmati Skim Perubatan Madani

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Feb 24, 2023
1 min read


Rakyat miskin dan golongan B40 akan menikmati Skim Perubatan Madani.


Skim tersebut merupakan salah satu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan pada pembentangan Belanjawan 2023 petang tadi di Dewan Rakyat


Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, skim seperti diamalkan di negeri Selangor melibatkan klinik panel itu akan menerima peruntukan sebanyak RM120 juta.


"Kerajaan akan memperkenalkan Skim Perubatan Madani khusus untuk golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am swasta sepertimana yang dilaksanakan Kerajaan Selangor. Sebanyak 120 juta ringgit disediakan untuk tujuan ini," katanya.


Selain itu bagi mengurangkan kesesakan hospital, kerajaan juga akan menyuber luar pesakit daripada hospital yang sesak kepada hospital lain termasuk hospital universiti, hospital tentera dan kepada hospital swasta.


Manakala bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Melaka, katanya, Kerajaan akan membina blok wanita dan kanak-kanak dengan kapasiti 476 katil dengan kos hampir 700 juta ringgit.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page