top of page

Golongan artis layak mohon dana dari kerajaan - Altimet



Ahli Dewan Negeri, Lembah Jaya, Altimet menempelak tindakan segelintir pihak melabel penggiat seni yang memohon Dana Kandungan Digital (DKD) sebagai mengemis.


Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad menegaskan, anak seni juga seperti rakyat Malaysia lain yang berhak memohon dana ditawarkan kerajaan.


"Dalam hal ini, tiada unsur mengemis, kalau artis yang memohon dikategorikan mengemis jadi apa status peladang, nelayan yang juga memohon dana?


"Mungkin ada orang kurang senang kerana artis yang memohon tersebut sangat popular, tetapi mereka (netizen) kena lihat apa yang artis itu persembahkan.


"Maksudnya adakah pemberian dana itu dapat membawa pulangan atau tidak dari segi kewangan mahupun impak kepada industri," katanya dipetik.


Terdahulu, penyanyi Aina Abdul dan Liza Hanim dikecam teruk netizen yang mendakwa kedua artis tersebut mengemis dana kerajaan semata-mata untuk menjayakan konsert.


Susulan itu, kedua-dua penyanyi tersebut tampil memberi penjelasan dan menegaskan bahawa mereka berhak untuk memohon DKD memandangkan ianya adalah peruntukkan khas yang boleh dimohon.


Sementara itu, Altimet ketika ditanyakan apakah hanya artis atau sesiapa sahaja berhak memohon, berkata setiap dana kerajaan memang sudah dikhaskan kepada bidang masing-masing.


"Dana ini datang daripada kerajaan, secara tidak langsung, memang hak kita semua sebagai warganegara Malaysia, setiap dana sudah ada salurannya dan kelompok yang tertentu layak memohon.


"Jika mahu menidakkan hak sesetengah artis yang memohon dana seolah-olah menidakkan mereka sebagai warganegara yang berhak, jadi kena lihat perkara itu semua.


"Setiap dana ada saluran masing-masing, jika anak seni ada dana khas, jadi mengapa mereka tidak boleh memohon sedangkan itu hak mereka," tambahnya.


0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page