top of page

Goldman Sachs perlu bayar penuh penyelesaian 1MDB - Anwar



Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu firma kewangan Goldman Sachs meneruskan komitmen mereka untuk membayar penyelesaian kewangan kepada kerajaan Malaysia berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Menurut Anwar, punca skandal 1MDB antaranya adalah khidmat penjanaan kewangan yang ditawarkan oleh Goldman Sachs.


"Satu-satunya rayuan saya ialah agar mereka menyelesaikan perjanjian ini dengan Malaysia kerana (skandal) 1MDB ini diketahui di seluruh dunia.


"Ia ada dalam buku dan saya fikir Goldman Sachs harus tampil bersih dan berurusan dengan Malaysia," katanya dipetik Bloomberg Television di Singapura.


Goldman Sachs telah berjaya mengumpul bon AS$6.5 bilion (RM27.6 bilion) pada tahun 2012 dan 2013 untuk 1MDB.


Bagaimanapun sebahagian besar kewangan itu dibayar sebagai rasuah kepada pegawai kerajaan, kata pendakwa raya persekutuan AS.


Selepas tertukaran kerajaan kepada Pakatan Harapan, Goldman Sachs pada Oktober 2020 bersetuju membayar AS$2.9 bilion (RM12.3 bilion) kepada Malaysia sebagai pampasan berikutan skandal 1MDB yang mula dibicarakan di mahkamah.


Firma kewangan itu dikehendaki membuat pembayaran interim sekali sebanyak AS$250 juta (RM1 bilion) jika Malaysia belum menerima sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM2.1 bilion) dalam aset dan hasil menjelang Ogos 2022.


Namun dalam pemfailan pada tahun lalu Goldman Sachs berkata terdapat perselisihan faham antara firma kewangan itu dan kerajaan Malaysia sama ada Putrajaya telah menerima hasil AS$500 juta (RM2.1 bilion) menjelang tarikh akhir Ogos.


Bank itu berkata kedua-dua pihak mempunyai tempoh tiga bulan untuk menyelesaikan pertikaian mereka, dan sekiranya gagal, ia akan dibawa ke timbang tara.


Anwar ketika mengulas perkara itu berkata Malaysia sepatutnya telah dibayar lebih daripada yang yang dijanjikan dalam penyelesaian kerana kerosakan kewangan yang dideritainya.


"Saya berhasrat untuk berurusan dengan mereka (Goldman) jika perkara ini tidak diselesaikan secara baik. Ia bukan niat saya - saya hanya baru dalam permainan ini.


"Saya hanya mahu menyelesaikan masalah lama, dalam erti kata komitmen lama yang telah kami buat. Kami perlu meneruskannya," katanya.


"Tetapi jika mereka cuba menekan kami dengan cara ini, saya tidak mempunyai pilihan kerana saya mendapat mandat rakyat, dan mereka sedang bergelut untuk hidup dan kamu dengan keuntungan ratusan bilion, kamu tidak boleh terlepas begitu sahaja dan mengabaikan tanggungjawab moral dan kewangan kamu," kata Anwar lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page