top of page

GISBH: JAIS buka 141 kertas siasatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 20, 2024
  • 1 min read


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuka 141 kertas siasatan berkait kes GISB Holdings (GISBH) di negeri itu.


Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, rata-rata kes didakwa di bawah Seksyen 12(c ) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor berhubung tindakan GISBH melanggar fatwa yang sedang dikuatkuasakan.


"Sekarang JAIS dalam proses (memenuhi) beberapa kehendak pihak pendakwaan yang sedang disempurnakan dalam tempoh seminggu ini.


"Insya-Allah, kalau ada kes kita akan dakwa secepat mungkin, kalau tiada (kes) itu bergantung kepada kuasa pihak pendakwa raya (syarie)," katanya dipetik dalam satu sidang media di Masjid Negeri Selangor di Shah Alam pada Khamis.


Mengulas lanjut, katanya, untuk pendakwaan kes lain selain Seksyen 12(c ) itu ia bergantung kepada ketentuan di pihak pendakwa raya.


"Mungkin akan dipertimbangkan pihak pendakwaan syarie adalah membabitkan cubaan menghidupkan ajaran sesat, juga dibawa enakmen sama," katanya.


Mengulas kaedah pemulihan digunakan terhadap GISBH, beliau berkata ia bukan sahaja membabitkan proses pemulihan akidah tetapi juga bagaimana mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat sepenuhnya dan bukan dalam kumpulan mereka sahaja.


"Titah Sultan Selangor jelas supaya mengintegrasikan mereka kepada mainstream dan bukan hanya semasa-mata proses menyempurnakan atau mengembalikan fahaman mereka," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page