top of page

GISBH: 136 kanak kanak diselamatkan belum dituntut keluarga

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 16, 2024
  • 1 min read

ree

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memaklumkan seramai 136 kanak-kanak Global Ikhwan Services & Business Berhad Holdings (GISBH) masih belum dituntut keluarga


Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata kanak-kanak tersebut kini ditempatkan di sembilan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut Seksyen 25 (2) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Menurutnya, kanak-kanak yang masih di institusi JKM sudah dikenal pasti identiti, dan dalam proses menunggu perintah interim untuk serahan keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 atau Orang Layak Dan Sesuai (OYLS) mengikut Seksyen 30(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001.


"Sekiranya masih belum dituntut, JKM akan mendapatkan perintah tetap untuk kemasukan ke institusi dan menjalani program di institusi sebagaimana yang dirancangkan oleh pihak jabatan bersama-sama agensi yang berkaitan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi lain-lain," katanya dipetik.


Media sebelum ini melaporkan pihak berkuasa polis menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 20 rumah kebajikan yang bernaung di bawah sebuah syarikat berkaitan produk Islam terkenal.


Sementara lebih 100 kanak-kanak terbabit yang belum dituntut keluarga masih mengikuti modul pemulihan khas yang dilaksanakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page