top of page

'Giant killer' bertembung Zahid Hamidi di Bagan Datuk



Hampir sedekad lalu, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pernah digelar sebagai giant killer apabila beliau berjaya menumbangkan pemimpin Umno tersohor, Tun Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil.


Kali ini sosok yang sama dipertaruhkan KEADILAN untuk menumbangkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk, Perak.


Bagi Shamsul, biar pun tugas berkenaan sukar namun demi kehidupan rakyat Malaysia yang lebih baik beliau menerima cabaran itu untuk membawa perubahan ke Bagan Datuk.


"Kali ini tugas yang diberi oleh parti sukar bagi saya secara peribadi kerana kawasan Bagan Datuk umum mengetahui merupakan kawasan Presiden Umno.


"Tetapi memikirkan bahawa Presiden Umno Zahid Hamidi kali ini tidak wajar lagi diletakkan sebagai calon Ahli Parlimen dan kita semua sedia maklum kenapa, kalau kita lihat kes kes yang sedang beliau hadapi sekarang, tidak mewajarkan beliau diangkat menjadi contoh pimpinan.


"Di sini saya berazam untuk bekerja dengan lebih kuat dan menggunakan segala ilmu politik dan pengalaman untuk membawa obor perubahan di Bagan Datuk


"InshaAllah dengan tekad membawa perubahan kita akan bekerja keras meyakinkan pengundi melakukan perubahan bukan sekadar di peringkat Persekutuan tetapi juga secara khusus di negeri Perak, apabila Datuk Seri Anwar sendiri memutuskan bertanding di sana," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Shamsul, beliau telah pun memulakan gerak kerja di Bagan Datuk pada minggu lepas sebaik sahaja dimaklumkan ura ura berpindah ke kerusi berkenaan.


Beliau berkata, akan terus berada di kawasan itu sehingga 19 November ini


Mengulas lanjut berkenaan tindakan berpindahnya Presiden KEADILAN ke kerusi sukar di parlimen Tambun, Shamsul teruja dengan strategi tokoh Reformasi berkenaan.


"Saya kagum dengan pencak pendekar presiden yang tentunya memilih satu kawasan yang bukan mudah untuk beliau. Saya percaya kalau dalam KEADILAN semua mengambil sikap seperti presiden, kita akan meneroka lebih banyak kawasan baru.


"Ketika saya melawan Ali Rustam dahulu 2013 di kawasan yang belum dimenangi oleh KEADILAN. Saya ambil cabaran lawan Ketua Menteri Melaka dan capai kemenangan serta tambah lagi kerusi buat KEADILAN.


"Kita harap tindakan beliau ini akan menarik minat pengundi untuk bersama sama dengan perubahan yang sedang kita ikhtiarkan kerana kita perlukan perubahan (untuk menyelamatkan negara)," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page