top of page

Gesaan penyokong Pas tukar alamat ke Selangor cemar prinsip demokrasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 14
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyelar gesaan Pas Selangor supaya penyokong mereka memindahkan alamat mengundi ke negeri itu.


Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dalam satu kenyataan berkata pihaknya memandang serius gesaan itu yang dianggap taktik terdesak Pas merampas negeri yang dikuasai Pakatan Harapan (PH) itu.


"Rakyat Selangor berhak memilih pemimpin mereka sendiri tanpa dipengaruhi lambakan pengundi luar demi kepentingan politik sempit.


"Mendaftarkan pengundi luar untuk kepentingan politik bukan sahaja mempermainkan sistem pilihan raya, tetapi juga mengkhianati amanah rakyat Selangor dan akan mencemarkan prinsip demokrasi berasaskan representasi sebenar penduduk tempatan.


"Cadangan sebegini mencerminkan ketandusan idea dan kegagalan parti Pas untuk menambat hati rakyat Selangor secara telus.


"Jika mereka benar-benar yakin dengan sokongan rakyat, mengapa perlu bergantung kepada taktik kotor seperti ini?" soalnya.


Media sebelum ini melaporkan saranan Pesuruhjaya Pas Selangor, Ab Halim Tamuri pada Rabu supaya penyokong Pas yang berdaftar sebagai pengundi di negeri lain tetapi menetap di Selangor segera memindahkan alamat undi ke negeri itu bagi memastikan kemenangan Perikatan Nasional (PN).


Sementara itu Rodziah dalam kenyataannya mengesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil langkah tegas dalam memastikan pendaftaran pemilih tidak disalahgunakan.


Tambahnya, mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam manipulasi daftar pemilih harus dikenakan tindakan sewajarnya supaya integriti sistem pilihan raya terus terpelihara.

"Demokrasi yang tulen adalah suara rakyat yang sebenar, bukan hasil muslihat politik sempit yang rakus kuasa," tegasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page