top of page

Geran Sejati Madani: Kak Shikin berjaya didik wanita mahir menjahit

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 10
  • 1 min read

Fadhlina bersama Kak Shikin berlatarbelakangkan bengkel jahitan bantuan Sejati Madani
Fadhlina bersama Kak Shikin berlatarbelakangkan bengkel jahitan bantuan Sejati Madani

Geran Sejati Madani yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan memberi kelebihan kepada sesiapa yang rajin memanfaatkan kemahiran.


Semalam Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek melawat bengkel jahitan Kak Shikin di Kedah yang mendapat bantuan geran Sejati Madani dan telah berjaya mengembangkan perniagaannya.


"Tahniah Kak Shikin! Kak Shikin adalah antara penerima geran Sejati Madani di negeri Kedah oleh ICU bagi menjayakan bengkel jahitan dan sulaman.


"Bengkel yang dikendalikan oleh Kak Shikin ini telah berjaya membawa ramai wanita terlibat dengan kemahiran jahitan.


"Sempat saya meneliti jahitan kemas di bengkel kak Shikin khususnya jahitan telekung dan baju kurung," katanya dalam muat naik di Facebook.


Bagi Fadhlina, Kak Shikin merupakan contoh wanita yang berjaya dalam menggerakkan program Sejati Madani untuk komuniti di kampungnya.


"Saya mahu melihat lebih ramai wanita dibantu dan menjayakan program Sejati Madani khususnya untuk terus memberdaya wanita dalam komuniti," kata Fadhlina lagi.

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page