top of page

Geran Industri Digital: Penggiat industri kreatif beri sambutan menggalakkan



Geran Industri Digital (GID) yang dikeluarkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) iaitu Geran Kandungan Digital (DCG), Geran Malaysia Digital X-Port (MDXG) dan Geran Pemangkin Malaysia Digital (MDCG) telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penggiat industri kreatif tempatan sejak permohonan dibuka pada 2 Mei lalu.


Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil, perkara tersebut dibuktikan dengan kehadiran hampir 1,000 penggiat industri digital ke sesi taklimat yang diadakan secara maya pada 9 Mei 2023.


"Lebih 300 soalan dan maklumat berkenaan kriteria kelayakan permohonan geran telah dikemukakan oleh penggiat industri digital yang hadir.


"Saya menggesa lebih ramai penggiat industri kreatif tempatan mengambil peluang memohon geran-geran yang disediakan bagi memanfaatkan peluang untuk kekal utuh berdaya saing dalam pasaran tempatan sekali gus menembusi pasaran global," katanya.


Menurut beliau lagi, permohonan yang terpilih perlu menghadiri sesi pembentangan yang dijadualkan berlangsung pada Jun 2023. Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada Julai 2023 tertakluk kepada jumlah permohonan yang diterima.


Tarikh tutup permohonan geran tersebut adalah pada 1 Jun 2023 dan maklumat lanjut boleh didapati di www.mdec.my/grants


GID antaranya menawarkan kepada pereka isi kandungan digital seperti menghasilkan filem animasi pendek, permainan digital, media interaktif dan sebagainya dan para pemohon layak untuk mendapat pembiayaan kerajaan daripada RM15,000 sehingga beberapa puluh ribu ringgit berdasarkan kriteria.


GID juga bertujuan untuk memperkasakan idea idea baharu dalam industri digital Malaysia agar boleh dipasarkan bukan sahaja di dalam negara tetapi di peringkat antarabangsa.


0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page