top of page

Gerakan Undi 18 raikan kejayaan pelaksanaan RUU Undi 18, Calon 18



Gerakan Undi 18 berbangga perjuangan mereka selama 5 tahun untuk membenarkan anak muda berusia 18 tahun dibenar mengundi dan menjadi calon pilihan raya menjadi kenyataan mulai 15 Disember 2021.


Dalam kenyataan Persatuan Pengundi Muda atau Undi 18, pihak mereka mengucapkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sama sama memperjuangkan aspriasi anak muda untuk mengundi pada usia 18.


"Hari ini, Rabu, 15 Disember 2021 (semalam), menandakan kejayaan perjalanan UNDI18 - kemuncak kerja keras selama 5 tahun dari setiap pelosok Malaysia.


"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terdiri daripada pertubuhan masyarakat sivil, badan kerajaan, ahli politik dan banyak lagi atas sokongan padu yang telah mereka tunjukkan ke arah pemerkasaan politik golongan belia. Ini bukti bahawa pergerakan akar umbi yang bertunjangkan anak muda mampu mencipta transformasi politik sejati," kata mereka dalam satu kenyataan.


Menurut mereka lagi, setelah bertahun-tahun melakukan advokasi dan berkempen, belia Malaysia akhirnya akan dapat menuai hasil kerja keras mulai pilihan raya yang dianjurkan pada tahun hadapan dan seterusnya.


"Kemuncak yang ditunggu-tunggu ini akhirnya akan membolehkan 5.8 juta rakyat Malaysia menggunakan hak asasi mereka sebagai rakyat negara ini untuk memilih pemimpin mereka di peti undi.


"Kami juga mengambil maklum usaha yang dilakukan oleh beberapa negeri di Malaysia untuk melaksanakan Calon18 (menurunkan umur minimum calon pilihan raya daripada 21 kepada 18 tahun).


"Justeru, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengiktiraf usaha yang telah dilakukan oleh sebilangan besar kerajaan negeri dan pihak akar umbi yang berkempen bagi memastikan belia seawal usia 18 tahun dapat bertanding dalam pilihan raya," kata mereka.


Menurut mereka hanya Johor dan Melaka yang masih belum meluluskan rang undang-undang tersebut melalui dewan undangan negeri masing masing.


"Kami berharap agar pindaan sebegini dapat dilaksanakan segera untuk manfaat semua.


"Ini adalah indikator positif penglibatan belia yang kukuh dalam proses demokrasi negara dan kami berharap belia Malaysia boleh mengambil peluang ini untuk menyumbang kepada pengukuhan demokrasi Malaysia," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page