top of page

Gerakan Reformasi satukan semua kaum dalam politik baharu


Oleh: Abdullah Zaid


Gerakan Reformasi bukan sahaja dibawa bagi mengangkat suara rakyat bahkan menjadi alat penyatuan kepada semua kaum di Malaysia.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata. pada ketika KEADILAN ditubuhkan ia membawa gagasan dan semangat perpaduan kepada rakyat di negara ini yang kurang berjaya diperjuangkan oleh gerakan siasah sebelum itu.


Justeru, menjadi tugas parti pelbagai kaum untuk membawa semangat Malaysia dan memastikan sentimen perkauman dan agama tidak lagi dijadikan bahan politik selepas Reformasi menjadi tunjang Kerajaan Persekutuan pada hari ini.


"Ada yang memanggil KEADILAN sebagai parti pelbagai kaum sebab kita percaya perlu mengabung semangat permuafakatan perpaduan rakyat dalam negara kita.


"Ia tidak boleh disamakan dengan semangat kaum dan agama yang melulu hingga mengabaikan yang lain.


"Ini satu titik akhir kita kena tempuhi sama-sama dalam pertarungan budaya (perkauman dan agama)," katanya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Reformasi, malam tadi.


Dalam pada itu, Amirudin menegaskan perjuangan Reformasi sejak 25 tahun lalu akan terus mekar bagi mengisi idealisme negara Madani.


Jelasnya, biarpun agenda Reformasi pada ketika ini menghadapi pelbagai cabaran oleh pihak tertentu yang cuba menganggu gugatnya, namun Pengerusi KEADILAN Negeri Selangor itu yakin semangat perubahan akan terus berkekalan.


"Oleh itu, perubahan itu bukan hanya dengan kemenangan dalam pilihanraya atau kejayaan membentuk kerajaan majoriti dua pertiga, tetapi ditentukan oleh kecekalan semangat rakyat yang percaya bahawa perubahan perlu terus dilakukan (demi kebaikan).


"Marilah sama-sama pada sambutan 25 tahun Reformasi ini, kita bangunkan keyakinan untuk kita terus berjuang dan bekerja untuk pastikan reformasi ini terus hidup, bukan hanya 10 tahun tetapi 100 tahun ke hadapan," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page