top of page

Gerakan jadi 'perhiasan politik' dalam PN: MCA, MIC jangan ulangi kesilapan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 7
  • 2 min read

ree

Keterujaan parti komponen BN untuk menyertai gabungan longgar bersama Perikatan Nasional (PN) sebagaimana cuba digambarkan oleh pemimpin Bersatu mungkin akan menjadi malapetaka kepada MCA dan MIC.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai Chen Heng (gambar), hakikatnya kedudukan Gerakan dalam PN yang telah beberapa tahun menyertai gabungan itu kelihatan hanya sebagai “perhiasan politik” pada waktu ini, tanpa kuasa sebenar dan hal itu seharusnya dijadikan iktibar.


Katanya, pengakuan Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali, bahawa beliau telah mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan MCA dan MIC hanyalah helah untuk menggambarkan PN sebagai gabungan majmuk yang setanding Kerajaan Perpaduan yang telah menarik minta komponen BN untuk menyertainya.


"Secara jujur, Gerakan dalam PN telah lama menjadi “perhiasan politik” tanpa sebarang kuasa atau pengaruh yang sebenar. Parti yang dahulunya pernah berkuasa kini hilang terus dari radar politik, malah akar umbi mereka sendiri sering menyindir bahawa parti itu seolah-olah sudah tiada dalam gelanggang.


"Penyertaan mereka tidak lebih sekadar alat kosmetik bagi PN untuk melekatkan label palsu “majmuk” pada wajah mereka," kata Andre Lai dalam satu kenyataan.


Beliau menegaskan, realiti politik PN masih berpaksi pada agenda sempit yang meminggirkan bukan Bumiputera dan bukan Muslim.


"Penubuhan sayap bukan Bumiputera dalam parti mereka hanyalah hiasan semata-mata, tidak pernah diberi ruang sebenar untuk mempengaruhi hala tuju atau dasar parti," katanya.


Sehubungan itu, Andre Lai mengingatkan MCA dan MIC supaya berfikir panjang sebelum mendekati PN.


"Jika Gerakan sendiri jatuh sehingga tahap hari ini, mengapa kamu fikir kamu akan terkecuali? Realitinya dalam logik PN, kamu bukan rakan kongsi sebaliknya sekadar alat pameran untuk mengaburi mata pengundi bukan Bumiputera dan bukan Muslim," katanya.


Menurutnya, rakyat Malaysia hari ini lebih sedar dan menolak politik ekstrem serta eksklusif.


Hal yang dimahukan rakyat, katanya, adalah keadilan, kesaksamaan, dan perpaduan. Bukan gabungan yang hanya kelihatan majmuk di luaran tetapi hakikatnya penuh dengan diskriminasi dan perpecahan.


Justeru Andre Lai menegaskan bahawa hala tuju Malaysia Madani berpaksikan prinsip keadilan, kesaksamaan, dan perpaduan yang sebenar amat jauh berbeza dengan pendekatan PN.


"Saya merayu kepada MCA dan MIC, sedarlah realiti ini jangan biarkan diri kamu menjadi “Gerakan yang kedua” dalam sejarah politik tanah air," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page