top of page

Gerakan hartal Doktor Kontrak alu alukan KP Kesihatan baharu



Gerakan Hartal Doktor Kontrak yang kritis terhadap situasi pekerjaan dan kebajikan doktor kontrak di Malaysia mengalu alukan pelantikan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan sebagai Ketua Pengarah (KP) Kesihatan Malaysia yang baharu.


Gerakan itu dalam kenyataan di Facebook mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan beliau, dan berharap pengalaman luasnya dalam sektor penjagaan kesihatan awam akan memudahkan gerakan tersebut bekerjasama demi kebaikan rakyat.


"Kami teruja untuk bekerjasama dengan beliau untuk meningkatkan kebajikan pekerja penjagaan kesihatan di negara ini.


"Sebagai sebuah organisasi yang mewakili kepentingan doktor kontrak, kami berharap Datuk Dr Muhammad Radzi berkongsi semangat kami untuk mewujudkan persekitaran kerja yang adil dan saksama untuk semua pekerja penjagaan kesihatan.


"Kami percaya bahawa ini boleh dicapai melalui usaha kolaboratif antara Kementerian Kesihatan dan organisasi seperti Hartal Doktor Kontrak," ujar kenyataan itu.


Menurut Hartal Doktor Kontrak, di bawah kepimpinan Dr Muhammad Radzi diharapkan akan berlaku satu perubahan besar dalam sektor kesihatan negara.


"Kami komited untuk bekerjasama rapat dengan KP Kesihatan Malaysia yang baharu untuk menangani isu yang dihadapi oleh doktor kontrak dan pekerja penjagaan kesihatan kontrak yang lain, dan kami yakin di bawah kepimpinan beliau, kami boleh mengorak langkah besar ke arah meningkatkan kebajikan pekerja penjagaan kesihatan di negara.


"Sekali lagi, tahniah kepada Datuk Dr Muhammad Radzi atas pelantikannya, dan kami mengharapkan hubungan yang membuahkan hasil dan positif dengan beliau dan Kementerian Kesihatan," kata kenyataan itu.


Sebelum ini Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengumumkan pelantikan Dr Muhammad Radzi sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.


Dr Zaliha Mustafa juga mengucapkan tahniah kepada Dr Muhammad Radzi atas pelantikannya yang berkuat kuasa pada 21 April. Beliau menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara setelah 35 tahun berkhidmat.


Dr Muhammad Radzi berpengalaman sebagai Ketua Jabatan Perubatan Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah; Ketua Penyelaras Perubatan Kedah dan ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Kedah.


Beliau pernah bekerja sebagai Ketua Perkhidmatan Gastroenterologi dan Hepatologi dan mempengerusikan pentauliahan bidang kepakaran itu dari tahun 2013 dan 2021.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page