
NGO GenerasiKeadilan dengan kerjasama Pejabat Senator Yusmadi Yusoff membuka Pusat Hak Rakyat yang memberi nasihat guaman secara percuma kepada rakyat Malaysia.
Menurut kenyataan GenerasiKeadilan, pusat itu dibuka selepas mendapat cadangan daripada mantan-mantan anggota Angkatan Muda KEADILAN mengenai rakyat yang memerlukan nasihat untuk mengetahui hak-hak mereka di bawah undang-undang negara terutama sekali sepanjang PKP dilaksanakan.
"Bagi membantu rakyat Malaysia untuk mengetahui hak mereka terhadap sesuatu perkara di bawah undang-undang Malaysia dan arahan-arahan baru sepanjang PKP, kami daripada GenerasiKeadilan dengan kerjasama Pejabat Senator Yusmadi Yusoff, Peguambela & Peguamcara dan Pejabat Pesuruhjaya Sumpah saudara Ammar Mohammad Dahlan memulakan inisiattif Pusat Hak Rakyat dengan memberi nasihat guaman percuma kepada mereka yang memerlukan, terutama sekali golongan kurang berkemampuan dan mereka yang menjadi mangsa akibat undang-undang atau tindakkan tidak sewajarnya," tulis NGO itu.
Pusat Hak Rakyat bertempat di No. 43 Komplek C, Petaling Jaya (PJ New Town). Orang ramai boleh hadir ke pusat itu pada setiap Jumaat pukul 10 pagi - 12.30 tengah hari.
Sebarang pertanyaan dan temujanji boleh menghubungi saudara Fendi, Setiausaha Kerja di talian 0192915821.