top of page

Generasi KEADILAN satukan reformis sejati



Pertubuhan Generasi KEADILAN akan menyatukan para reformis yang berjasa berjuang selama dua dekad menegakkan kebenaran.


Menurut pengasas Generasi KEADILAN, Yusmadi Yusoff, pertemuan demi pertemuan terus diatur dengan para pejuang reformasi untuk menghargai jasa mereka dan terus menyumbang dalam situasi politik semasa.


"Satu generasi anak-anak muda yang dewasa di dalam ikhtiar melakukan perubahan negara semampu mereka sejak lebih 20 tahun, dan masih cekal gigih berusaha sehingga hari ini tanpa lelah.


"Berjumpa bersahabat di jalan-jalan raya, desa, pinggiran kota serata pelusuk negara demi cita-cita sederhana bersama.


"Mereka hanyalah terdiri daripada kalangan 'orang biasa' dan bukan golongan feudal atau elit negara. Moga usaha kecil mereka beri manfaat ke arah masyarakat yang adil kepada semua," katanya.


Tambah beliau, Generasi KEADILAN mengucapkan selamat Tahun Baharu 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page