top of page

Generasi Keadilan santuni penduduk Parlimen Sembrong

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Oct 19, 2021
1 min read


NGO pro KEADILAN, Generasi Keadilan baru-baru ini menyantuni penduduk di Pekan Kahang dalam Parlimen Sembrong.


Menurut Pengerusi Generasi Keadilan Negeri Johor, Rosman Tahir, NGO itu menyantuni beberapa keluarga Tionghua yang memerlukan bantuan kerana terjejas akibat pandemik Covid 19.


"Turun ke Daerah Kluang, lokasi yang dikunjungi Pekan Kahang dalam Parlimen Sembrong. 15 keluarga berbangsa Tionghua kami santuni dengan berkunjung ke kediaman mereka dan sebahagiannya menerima sumbangan di tokong.


"Terima kasih kepada En Lim, Pengerusi DAP Kahang bersama jawatankuasanya yang membantu agihan sumbangan dan mengaturkan perjalanan program. Juga rakan-rakan dari Generasi Keadilan Johor, saufara Ismail, saudara Fadli dan saudara Jaafar Matek," katanya.


Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua penyumbang yang menjayakan program tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page