Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia yang berusaha membela kebajikan ahli KEADILAN akan menganjurkan konvensyen tahunan dalam waktu terdekat.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Program dan Media Generasi Keadilan, lokasi konvensyen sudah dikenal pasti dan pertubuhan itu sedang mencari waktu yang sesuai di celah celah kehangatan kempen Pemilihan KEADILAN 2022.
"Bertemu AJK yang dipertanggungjawabkan memikul tugas mengurus, menyelia dan merencana pelbagai pengisian program yang memakan masa seharian
"Saudara Yusmadi mempengerusikan pertemuan dan perbincangan ditemani rakan-rakan yang berpengalaman dalam menyelia pelbagai majlis keraian, sama ada rasmi dan sebaliknya. Malah ada AJK yang terdiri dari berlatarbelakangkan pakar IT dan pengurusan bahkan ada juga anak seni serta yang sudah menempa nama dalam industri hiburan negara.
"Variasi keluarga besar Generasi Keadilan, menghargai bakat dan pengalaman anggotanya. Sekaligus diberi ruang dan peluang untuk mengemudi program ini nanti," kata kenyataan tersebut.
Comments