top of page

Generasi KEADILAN bantu parti tawan semula kerusi yang dikhianati



Pertubuhan Generasi KEADILAN Malaysia berikrar akan membantu parti menawan semula kerusi-kerusi yang telah dikhianati oleh segelintir pimpinan yang menyertai Langkah Sheraton pada Februari lalu sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).


Pengerusi Generasi KEADILAN, Senator Yusmadi Yusoff (gambar, atas) berkata, pertubuhan itu akan mengembeleng tenaga aktivis parti sama ada yang baharu atau lama dalam memastikan usaha menawan kerusi-kerusi pengkhianat dan mengambil semula kerajaan di Putrajaya akan tercapai dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


"Saya pada malam ini mengisytiharkan Generasi KEADILAN akan membantu parti untuk menawan semula kawasan-kawasan yang dikhianati.


"Di Pulau Pinang kita ada Nibong Tebal, di Selangor ada Ampang, ada Gombak, di Johor ada Segamat, Batu Pahat. Saya dengan rendah diri mencadangkan kepada rakan-rakan, tubuhkanlah Generasi KEADILAN Negeri, Generasi KEADILAN Cabang dan Generasi KEADILAN Ranting.


"Kita sama-sama bantu parti. Kita beri platform kepada rakan-rakan (di peringkat bawahan) yang tidak ada peranan," kata Yusmadi dalam majlis Makan Malam Mantan AMK Malaysia 2020 di Shah Alam yang dianjurkan oleh pertubuhan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.


Dengan slogan 'Generasi KEADILAN, generasi penerus agenda perubahan', menurut Yusmadi, pertubuhan itu akan mengumpul tenaga-tenaga akar umbi untuk menjadi penggerak di peringkat Cabang dan Ranting.


Yusmadi juga bernostalgia mengenai tercetusnya ilham untuk menubuhkan gerakan itu ketika mana beliau bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari kemenangan PH pada PRU 14 lalu.


"Untuk apa Generasi KEADILAN ini? Ramai yang bertanya. Terus terang saya katakan ketika menang, saya bersama Datuk Seri Anwar dalam penjara. Saya sebagai peguam beliau, hadir bersama Datuk Seri Anwar.


"Saya kata, bos bayangkan rakan-rakan yang pernah jadi Ketua AMK Negeri, pernah jadi AMK Pusat, pernah jadi pimpinan peringkat Cabang, pernah jadi pimpinan peringkat negeri. Mereka dahulu ahli pimpinan biasa, sekarang kebanyakan mereka berumur 36 hingga 50an.


"Ini gambaran individu yang ada pengalaman, juga kepakaran, walau tak banyak. Dan saya yakin kalau dapat kita garapkan (gembelengkan) untuk membantu KEADILAN, membantu Datuk Seri Anwar, ia pasti akan menguatkan parti," katanya.


Menurut Yusmadi, perjuangan Anwar yang telah berjaya mewujudkan satu generasi baharu Malaysia yang mana dhomirnya ingin melakukan keadilan untuk semua masyarakat, boleh dimantapkan dengan gerak kerja bersama Generasi KEADILAN.


Justeru, beliau berharap pertubuhan itu akan mempunyai cawangan di seluruh negara.

0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page