top of page

Generasi dahulu pendapatan boleh sara keluarga, bantu anak, generasi anak anak kita bagaimana?



Kekurangan peluang pekerjaan setaraf kelayakan akademik amat kritikal dewasa ini yang menyebabkan anak muda lepasan pusat pengajian tinggi tidak mempunyai masa hadapan yang cerah.


Hal itu, kata Naib Presiden KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, bakal menyebabkan anak muda kurang berminat untuk menyambung pengajian atau yang telah graduasi, tidak mampu memiliki kerjaya cemerlang.


"Hari ini orang belajar dapat banyak A, belajar di universiti nak dapat kerja cukup payah. Kadar pengangguran graduan lebih tinggi daripada kadar pengangguran anak muda. Ada pendidikan lebih baik, lagi sukar dapat kerja.


"Hari ini kebanyakan yang ada di universiti pula atas pinjaman PTPTN. Graduasi, dapat kerja gaji rendah. Saya jumpa seorang jurutera asal Kelantan dapat kerja ECRL, dapat kerja lingkungan gaji minima.


"Jadi dalam keadaan itu, kita tidak boleh salahkan anak muda jika mereka kerja Food Panda, Grab atau calling centre. Kerja yang tidak perlu belajar, lepas SPM dia boleh buat kerja itu dapat RM3,000 - RM4,000 sebulan


"Masalahnya, anda graduan IT habis belajar dari Cyberjaya buat kerja Grab, sebab kerja IT dapat RM2,000, bawa Grab lagi bagus. Tetapi 3 tahun di jalan raya, jika kamu mahu minta kerja IT majikan mahu terima tak? Lebih baik ambil junior yang skil dia masih baharu, atau pun ambil yang pernah kerja IT dan ada pengalaman.


"Tentulah anda sebagai graduan yang tidak praktis, kamu di bawah. Ini adalah masalah kita hari ini," katanya dalam ceramah sulung trak Ayuh Malaysia, malam tadi.


Ahli Parlimen Setiawangsa yang diamanahkan untuk mengupas isu pendidikan itu turut membandingkan kerjaya ayahnya yang pada waktu lampau mendapat pendidikan di universiti, dan kemudian menjadi pegawai kanan kerajaan serta beroleh pendapatan lumayan.


Beliau membandingkan graduan hari ini yang tidak mungkin mampu menampung kehidupan keluarga dengan gaji yang dibawa pulang.


"Generasi ayah saya, dia boleh subsidi keluarga di kampung dan boleh subsidi saya yang baru mula bekerja.


"Generasi anak anak kita bagaimana? Soalan yang ini kita kena jawab," katanya.


Sehubungan itu, Nik Nazmi juga menggalakkan rakyat Malaysia agar terus berjuang dan segera melupakan pengalaman pahit 22 bulan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan yang didominasi pasukan yang kini menjadi pengkhianat.


Beliau meminta rakyat melakukan sekali lagi perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 15.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page