top of page

Generasi baharu tidak termakan lagi corak politik berasaskan kaum, agama


Perwakilan KEADILAN Negeri Sarawak, Azlan Norita menyifatkan politik perkauman dan agama sudah semakin tidak relevan dan ditolak oleh rakyat terutamanya dalam kalangan generasi baharu.


Ketika membahaskan ucapan dasar Ketua AMK sempena Kongres Nasional, beliau berkata ini satu perkembangan positif setelah parti politik zaman dahulu telah mencorakkan politik Malaysia agar cenderung kepada kaum dan agama sehingga merasakan mereka adalah suara pembela nasib kaum mahupun agama.


"Mereka kononnya membela nasib kaum dan corak politik perkauman ini diwarisi generasi sebelum kita dan ia masih bersisa hingga ke hari ini.


"Segelintir parti politik menunggang agama demi survival politik namun pada masa sama sikap dan amalan mereka jauh terpesong dari nilai-nilai keagamaan yang diperjuangkan.


"Ada juga parti politik memperjuangkan bangsa mereka tapi masa yang sama mereka adalah juara dalam salah guna kuasa dan korupsi sehingga menindas bukan sahaja bangsa lain tetapi juga bangsa mereka demi memenuhkan poket dan perut mereka.


"Malah tanpa rasa malu ada rumah mereka sebesar mahligai di celah-celah rumah rakyat yang tiangnya hanya tunggu masa untuk runtuh.


"Landskap mula berubah pada 1998 apabila kezaliman dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika titik tolak berlakunya proses reformasi politik yang hebat di negara kita.


"Pelbagai kaum dan kepercayaan dan badan-badan bukan kerajaan bawa arus pembaharuan dalam negara demi keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.


"Dalam proses ini jugalah parti yang tidak diasaskan atas dasar kaum mahupun agama parti ditubuhkan atas prinsip keadilan untuk semua.


"Parti ini meraikan pelbagai kaum dan agama dengan mendaulatkan rakyat melalui proses demokrasi, itulah parti KEADILAN yang melambangkan bangsa Malaysia yang sebenarnya.


"Negeri Sarawak adalah contoh bukan setakat kaum Melayu, Cina dan India malah mempunyai bangsa lain seperti Iban, Bidayuh, Melanau dan Orang Hulu serta lebih 20 etnik yang mampu duduk sekali.


"Namun peredaran zaman bergerak ke depan generasi baharu tidak termakan lagi dengan hasutan dan sogokan pemerintahan seperti ini.


"Anak-anak muda sebagai pewaris negara harus mengglembeng baik dari pelusuk mana kita, membawa corak dan modal politik baharu yang lebih berdaulat dan mendaulatkan rakyat dan bukan bersifat perkauman," katanya.


Pada masa sama, Azlan menyifatkan KEADILAN bukan sahaja memegang prinsip berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan kepercayaan tetapi juga perjuangan untuk golongan yang memerlukan.


"Yang susah kita tolong, orang miskin kita bantu, yang ditindas kita bela dan yang dibawah kita angkat bersama, bukan kerana kaumnya atau agamanya tapi kerana sifat kemanusiaan dan keadilan untuk semua.


"Kita bergerak ke hadapan dan parti ini berada di landasan yang tepat dari aspek berteraskan tembok perkauman negara kita. Kita bersama-sama dalam meraikan kepelbagaian kaum dan agama.


"Tapi harus ingat, kita masih perlu memperkasakan nilai kejujuran dan tanggungjawab dalam menjalankan amanah sebagai pemimpin.


"Amanah perlu dijaga dan perlu dilunas dengan penuh rasa tanggungjawab kerana amanah bukan untuk dikhianati," katanya.


Justeru, Azlan berkata parti KEADILAN perlu memastikan kuasa rakyat akan terus dipertahankan pada Pilihan Raya Umum akan datang.


"Insya-Allah, rakyat dari Perlis hingga ke Sabah, baik Melayu, Cina dan India, Kadazan serta Iban, semuanya akan ambil semua mandat rakyat yang dirampas secara tidak demokratik oleh kerajaan pintu belakang.


"Hentikan pemikiran bertunjangkan agama dan bangsa yang hanya mementingkan diri sendiri.


"Ayuh kita bergerak dalam wadah parti KEADILAN ini untuk mengangkat semua rakyat melangkaui politik perkauman dan penyalahgunaan kesucian agama," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page