top of page

Gencatan senjata Gaza: Malaysia kesal AS veto gagalkan resolusi PBB



Malaysia kesal dengan tindakan Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya bagi menolak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa gencatan senjata segera dalam konflik antara Israel dan Palestin.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau turut kesal dengan sikap AS yang masih mempertahankan tindakan pembunuhan anak-anak kecil tanpa sekatan di Gaza.


"Satu dunia menempelak dan membantah (tindakan Israel) dan saya masih kesal dan bantah sikap AS yang tidak mempedulikan hak kemanusiaan.


"Saya bagi pihak kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya, membantah terhadap keputusan AS menolak gencatan senjata Majlis Keselamatan (PBB).


"Tolonglah, kita mesti hentikan pembunuhan mereka yang tidak bersalah, orang awam, bayi dan wanita dan tidak terdapat sebab, tiada sebab langsung untuk mana-mana pihak menafikan perkara ini dan sebab itulah saya berasa sedih dengan keputusan melampau ini," katanya, lapor Bernama.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.


Anwar mengulas tindakan AS menggunakan kuasa vetonya pada Jumaat lalu untuk menggagalkan resolusi PBB bagi melaksanakan gencatan senjata segera dalam konflik antara Israel dan Palestin di Gaza.


Sebelum ini Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan negara-negara Arab mendesak agar diadakan gencatan senjata melibatkan Israel dan Hamas di Gaza.


*Foto kredit: Bernama

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page