Pemikiran khawarij tajaan Pas perlu digempur sehingga ke akar umbi sebelum menjadi barah yang merosakkan pemerintahan Kerajaan Perpaduan dan semangat toleransi dalam negara.
Perwakilan AMANAH Terengganu, Zamir Ghazali berkata, masyaraat perlu diperlihatkan kesan pemikiran khawarij yang telah menghancurkan banyak negara di Timur Tengah dan Asia Barat agar lebih peka kepada agenda pecah belah Melayu - Islam Pas yang songsang.
"Sebab dengan adanya perkataan khawarij itu senang masyarakat melihat dari segi sejarah, kesan yang berlaku dari segi tamadun, agama hingga kepada masalah yang ada hari ini.
"Kita kena faham pemikiran khawarij, satu manifestasi yang nak cuba laksanakan sistem ayatollah dalam negara ini. Jadi perlu kita sedari dan (agenda) takfiri bukan setakat pecah belah masyaralat tetapi meruntuhkan sistem demokrasi dan raja berperlembagaan yang tertegak dalam negara ini
"Usul ini perlu ditegakkan untuk dibawa dalam bentuk akta dan sebagainya," katanya pada Ucapan Penggulungan Konvensyen Parti AMANAH Nasional 2023, pagi tadi.
Selain itu, Zamir juga mencadangkan agar stesen penyiar kerajaan membuat satu program 'jejak khawarij' yang memaparkan kesan buruk idelogi berkenaan yang telah banyak menumpahkan darah umat Islam.
"Saya cadangkan kalau boleh diangkat dalam kerajaan, khusus tolong buat satu siri dokumentasi khas macam Jejak Rasul tetapi pergi kepada jejak kerosakan khawarij.
"Pergi ke negara itu, rakamkan, tunjuk pada khalayak kita betapa jatuh negara macam Syiria, Yemen semua, biar anak muda tak bercakap saja soal khawarij tetapi dia nampak ini kesannya," katanya beliau lagi.
Zamir berkata, isu khawarij tersebut perlu ditangani secepat mungkin. Sekiranya gagal, fahaman berpuak itu akan mengakibatkan rakyat di negeri Pantai Timur akan berpecah belah secara total dan hal tersebut tidak mustahil akan berlaku.
Usul tolak fahaman takfiri dan khawarij diluluskan secara sebulat suara oleh perwakilan melalui undian secara berdiri.
Comments