top of page

Gempa bumi: PM Anwar ucap takziah kepada Myanmar, Thailand

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 31
  • 2 min read

PM DS Anwar menghubungi rakan sejawatnya di Myanmar dan Thailand secara atas talian. Foto: FB Anwar
PM DS Anwar menghubungi rakan sejawatnya di Myanmar dan Thailand secara atas talian. Foto: FB Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyampaikan ucapan takziah dan rasa dukacita kepada pihak berkuasa Myanmar dan Thailand, dua negara yang dilanda gempa bumi kuat beberapa hari lalu.


Anwar menghubungi Jeneral Kanan Min Aung Hlaing untuk menyampaikan ucapan takziah bagi pihak Malaysia susulan bencana gempa di Myanmar.


"Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia komited untuk berdiri bersama rakyat Myanmar dalam menghadapi saat sukar ini.


"Malaysia dan ASEAN akan terus mendukung usaha bantuan kemanusiaan yang sedang giat dijalankan, termasuk menerusi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang telah diatur gerak ke Myanmar pada awal hari ini bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan paling terkesan," katanya dalam muat naik di Facebook.


Satu misi kemanusiaan yang diketuai oleh Menteri Luar Negeri, kata Anwar, akan berlepas ke Myanmar dalam masa terdekat.


PM juga memaklumkan kepada Jeneral Kanan Min Aung Hlain mengenai Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN yang telah dianjurkan oleh Malaysia bagi mengerakkan sokongan ASEAN kepada Myanmar.


Selain itu, PM juga menghubungi rakan sejawatannya Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, bagi merakamkan rasa dukacita dan simpati yang terdalam atas bencana gempa bumi yang telah melanda negara tersebut.


"Saya turut membangkitkan beberapa perkara terkait kedua-dua negara, termasuk tekad berterusan ASEAN dalam memudah cara dan membantu Myanmar mencari jalan penyelesaian damai terhadap krisis di negara itu.


"Insya-Allah, perbualan kami pada hari ini akan disusuli dengan perbincangan yang lebih lanjut semasa lawatan kerja saya ke Bangkok pada 17 April 2025 atas jemputan Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra," katanya lagi.


Thailand dan Myanmar dilanda gempa bumi kuat 7.7 skala richter yang mengorbankan puluhan nyawa setakat ini dan menyebabkan banyak bangunan tuntuh.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page