top of page

'Gelombang PN di Kedah sementara, akan reda sedikit masa'



Gelombang sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) di beberapa negeri terutama di Kedah bersifat sementara dan akan reda tidak lama lagi, kata Datuk Dr Ismail Salleh.


Ketua Penerangan Pakatan Harapan (HARAPAN) Kedah itu berkata, gelombang itu tidak akan mampu bertahan kerana diwujudkan melalui tiupan sentimen kaum dan agama oleh pihak tertentu.


"Ramai telah menyedari hakikat permainan sentimen ini hanyalah untuk meraih laba politik dan tidak memberi apa-apa keuntungan dalam usaha pembinaan negara," katanya dalam satu kenyataan.


Selain faktor itu, beliau melihat kepimpinan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu menarik kembali sokongan rakyat Kedah.


Tegas beliau, Anwar yang dilantik sebagai Perdana Menteri telah membuktikan kesungguhan Kerajaan Perpaduan untuk meningkatkan kedudukan negara walaupun baru mengambil alih pentadbiran kira-kira sebulan yang lalu.


"Perdana Menteri, bukan saja bercakap malah bertindak dengan menunjukkan contoh terbaik. Keazaman dan kesungguhan untuk membawa negara ini berada di puncak terserlah di samping kekuatan aura peribadi beliau.


"Pengiktirafan mencurah-curah daripada pimpinan seluruh dunia dengan komitmen (komuniti perniagaan antarabangsa) untuk melabur dalam negara ini akan menyegerakan pertumbuhan ekonomi, sekali gus memakmurkan dan mensejahterakan kehidupan rakyat," katanya lagi.


Selain itu, kata Dr Ismail kerjasama politik antara PH dan Barisan Nasional (BN) yang terbentuk tanpa tersangka susulan keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu akan diterjemah dengan kestabilan politik negara bakal menjadi ancaman kepada PN.


Kerjasama antara dua blok itu yang sudah dimulakan di segenap peringkat mampu menjadi penghalang untuk rakyat memilih PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN)) tidak lama lagi.

"Ini sekali gus memberi kelebihan kepada gabungan PH dan BN seterusnya akan menghadirkan kemenangan dalam PRN akan datang,” kata ADUN Pengkalan Kundor itu dalam kenyataan berkenenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page