top of page

Gelombang Perpaduan dari Selatan tolak politik toksik perkauman

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 10, 2023
  • 2 min read


Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram semalam merupakan kebalikan gelombang hijau Pas-PN yang cuba merempuh kawasan Melayu rasional Johor.


Bagi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, sebaliknya gelombang dari Selatan pula muncul dan telah membenamkan politik toksid perkauman serta agama sempit yang dibawa oleh PN.


"(Hakikatnya) Parti Amanah telah membuktikan di kedua tempat ini perjuangan Rahmah diterima oleh rakyat dan legasi Datuk Seri Salehudin Ayub segar dalam hati pengundi.


"Tahniah YB Aminulhoda selaku Pengerusi Amanah Johor dan pasukan petugas di Simpang Jeram serta Pulai. Suhaizan dan Ir Nazri bakal meneruskan suara Rahmah dalam Kerajaan Madani kelak.


"Kerjasama PH dan BN di Johor (sepanjang PRK) juga kelihatan menemui temponya dan diharapkan menjadi model yang boleh dibaiki di seluruh negara bagi menghadapi PRU akan datang.


"Cakap-cakap kerajaan Perpaduan akan bertukar pada Ogos (dengan ini) hanyalah bisikan-bisikan jahat yang mahu melihat perpaduan dan stabiliti ditumbangkan. Bisikan halus jahat ini telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat, apakah PN ini tumpuannya semata mahu menjatuhkan kerajaan atau hendak membina negara?" tanya Mujahid dalam satu kenyataan.


Menurut Naib Pengerusi Parti Amanah Negara itu lagi, kemenangan calon PH semalam bermakna politik toksid akhirnya telah berjaya disekat selepas tsunami pada Pilihan Raya Umum 2022 dan Pilihan Raya Negeri Ogos 2023 lalu.


Setelah gelombang itu berjaya dibendung, katanya, arusnya akan mula mengedur dan luput perlahan lahan selepas ini.


"Kemenangan calon PH adalah simbolik kepada penolakan politik toksik perkauman dan eksploitasi agama (dalam kalangan Melayu) yang didendangkan oleh Pas-PN.


"Lagu fitnah untuk melagakan keharmonian rakyat dan sesama umat Islam ditolak oleh pengundi Pulai dan Simpang Jeram yang sepatutnya diraikan oleh seluruh rakyat yang mencintai perpaduan dan membenci para pemfitnah.


"Syabas, tetapi barang diingatkan bahawa misi mengekalkan momentum Gelombang Perpaduan tidaklah mudah, perjalanannya masih panjang kerana gelombang fitnah tidak akan berhenti dari membisik dengan suara halus "waswasil khannas" untuk mengelirukan rakyat dari kalangan "minal jinnati wannas" .


"Berlindunglah dengan selalu menyebut "Hasbunallah wa Nikwat Wakil, Nikmal Maula wa Nikman Nasir"," kata Mujahid lagi.


Pengerusi Nadwah Ulamak (NUNJI) itu juga mengingatkan agar penyokong merayakan kemenangan dengan "Bertasbihlah dengan pujian kepada Tuhanmu dan beristighfar, kerana sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat" (Al Nasr: 3).




Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page