top of page

Gelombang pengangguran: Wujudkan kupon makanan, lebih banyak bantuan tunai


Penganalisis ekonomi meramalkan gelombang pemberhentian pekerja akan melanda negara selepas cuti Hari Raya Aidilfitri dan mengharapkan pakej pemulihan ekonomi yang akan diumumkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mampu menangani masalah berkenaan. Semalam Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata, kerajaan perlu memperuntukkan lebih banyak dana kepada majikan untuk mempertahankan pekerjaan. Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail selain membantu majikan mengekalkan pekerjaan, kerajaan juga wajar mempertimbangkan skim bantuan makanan atau pun kupon makanan bagi pekerja yang telah diberhentikan. Katanya, pengangguran dicatat lebih tinggi pada bulan Mac ini, kira-kira 600,000 berbanding Mac tahun 2019. Tanpa bantuan segera maka keluarga yang kehilangan mata pencarian akan menderita disebabkan peluang kerja baharu amat terhad. "Salah satu alternatif ialah beri bantuan kewangan secara langsung. Wujudkan pemberian kupon makanan atau barangan keperluan asas yang boleh ditunaikan atau ditebus kedai-kedai yang telah disubsidikan. "Sebahagian rakyat Malaysia telah atau akan kehilangan kerja dan tiada punca pendapatan kerana wabak Covid-19. Dengan beri makanan mereka tidak akan berlapar. Bayangkan kalau mereka tak ada simpanan ataupun simpanan telah habis digunakan," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan. Dalam pada itu, Azan juga menyeru agar kerajaan PN menambah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dalam pakej pemulihan ekonomi yang akan diumumkan kerana bantuan sebanyak RM1600 sebelum ini tidak mencukupi untuk isi rumah yang mempunyai anak ramai. "Kita tengok negara lain seperti Itali, Singapura dan Jepun, kerajaannya bari RM4,980 satu kepala untuk teruskan kehidupan sepanjang PKP, tetapi kerajaan Malaysia bagi RM1,600. Itu pun bukan menyeluruh. "Sekiranya 80 peratus rakyat tak ada pendapatan, memang mereka akan mengharapkan bantuan daripada kerajaan. Jadi itulah tanggungjawab kerajaan untuk mengeluarkan perbelanjaan bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat "Saya ragui kerajaan PN ini tadbir negara. Kenapa? Sebab sampai sekarang tidak didedahkan laporan audit tentang perbelanjaan kewangan berkaitan pakej ransangan ketika Covid. Dan saya tegaskan kerajaan PN sekarang lebih teruk daripada kerajaan Najib sebelum 2018," katanya. Selain itu, Azan juga menggesa kerajaan mengekalkan perniagaan sedia ada dalam pakej ransangan, terutama membantu sektor peruncitan. Menurut beliau, sejak PKP dilaksanakan banyak perniagaan runcit lumpuh dan tutup. Bagi memulihkan semula ekonomi, kerajaan perlu menyuntik modal dalam perniagaan kecil dan sederhana tersebut. "Jika tidak dibuat, ekonomi tidak akan berkembang dan penggandaan ekonomi juga tidak berlaku. Ini akan menyebabkan ekonomi kita mempunyai masalah dalam jangka masa panjang," ulasnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page