top of page

Gelandangan di Pusat Bandaraya: Masalah yang sukar ditangani



Oleh: Andre Lai


PENDAPAT: Semasa ramai masih dalam kesibukan dalam cuti panjang Tahun Baru Cina, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur berkunjung ke Kawasan sekitar Medan Pasar untuk meninjau isu gelandangan yang telah menjadi masalah sosial membimbangkan di Malaysia. Apatah lagi ia membabitkan golongan dewasa, warga emas, dan juga pemegang kad UNHCR.


Tafsiran gelandangan, mengikut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengifatkan mereka sebagai orang yang tiada ketentuan untuk tinggal, dan orang yang biasanya tinggal di jalanan. Mereka berbeza dengan pengemis, kerana mereka tidak mengharapkan sedekah kewangan.


Mereka hanya suka merempat di tepi jalanan, bukan kerana mereka menghadapi masalah mental tetapi mereka memilih gaya hidup nomad seperti itu. Setiap hari, mereka menunggu di tempat yang sama, untuk bantuan makanan yang dihantar hampir setiap hari oleh pertubuhan atau NGO yang berbeza. Mereka juga boleh membersihkan badan di tandas awam berdekatan. Kadang-kadang, ada juga yang murah hati menderma duit kepada mereka meskipun mereka tidak meminta.


'Menetap' 30 tahun lamanya


Lawatan tapak oleh para Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur; Carmen Leong, Dr Bashir dan Lai Chen Heng juga sempat menemubual gelandangan. Salah seorang daripadanya, Osman merupakan seorang saudara baru dan memilih untuk menetap di tepi jalan selama 30 tahun lamanya.


Pada asalnya ia adalah kerana faktor keluarga, tetapi lama-kelamaan Osman telah menerima gaya hidup sebegini. Oleh kerana dia telah lama 'menetap' di sana, Osman dikenali sebagai ketua gelandangan di kawasan tersebut. Seorang lagi bernama En. Yuan, seorang pemegang kad UNHCR bangsa Cina dari Myanmmar yang terpaksa menetap di Medan Tuanku kerana tiada kerja akibat kemalangan yang menyebabkan tangannya cedera. Kedua-dua mereka, tidak mempunyai sebarangan kecacatan dan sepatutnya boleh berdikari mendapat peluang pekerjaan.


Notis menempatkan pemberian makanan kepada gelandangan menjadi tempat perkumpulan

Tidak dapat dinafikan, banyak usaha daripada kerajaan telah dilakukan demi membawa mereka keluar daripada keadaan papa kedana. Jabatan Kebajikan Masyarakat misalnya, boleh memproseskan bantuan bulanan kepada keluarga yang miskin tegar, sama juga dengan Baitulmal dan MAIWP.


Mereka yang homeless juga boleh memohon bantuan daripada Yayasan Kebajikan Negara di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui pusat tempat perlindungan 5 lokasi seluruh negara. Pusat perlindungan yang dimaksudkan diberi nama Anjung Singgah, mempunyai sebuah pusat di tengah pusat bandaraya di Jalan Hang Lekiu.


Pada masa yang sama, terdapat juga usaha CSR pihak swasta yang mengikhtiarkan pusat transit gelandangan untuk kerajaan di Bulatan Pahang dan Lorong Medan Tuanku 2. Pusat-pusat ini boleh menampungi ramai penghuni, dengan syarat hanya boleh menumpang tidak lama daripada satu bulan. Ia diwujudkan untuk tujuan transit, di mana penghuni harus mendapatkan kerja atau rumah sementara mereka menetap di pusat tersebut.


Memiliki gajet terkini


Namun, mereka gelandangan masih lagi memilih untuk merempat di tepi jalan. Yang anehnya, mereka kelihatan seperti orang biasa. Ada yang mempunyai telefon pintar dan kadar pertuturan seperti orang terpelajar. Terdapat sebuah papan notis oleh DBKL, untuk menggalakkan penderma makanan menghantar ke Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku, tetapi aktiviti terus dijalankan hampir setiap hari. Apatah lagi di musim perayaan pada hari yang sama, kelihatan juga mereka memberi angpow kepada para gelandangan dan secara tidak langsung menggagalkan sebarang usaha DBKL dan agensi kerajaan dalan isu ini.


Tinjaun mendapati kawasan tumpuan gelandangan tidak mempunyai persekitaran kebersihan yang baik. Bau hanyir dan tidak menyenangkan, meskipun kawasan tumpuan perlancongan terletak hanya 200m dekatnya. Usaha DBKL untuk mengindahkan kawasan juga terbantut apabila gejala gelandangan merosakkan harta benda awam, terutamanya mural dinding yang sepatutnya boleh menarik perhatian pelawat.


Sebelum Tahun Baru Cina, operasi bersepadu oleh agensi kerajaan berkaitan dan DBKL telah membuat anggaran bancian jumlah seramai 300 lebih orang gelandang masih lagi menetap di kawasan dalam lingkungan radius 1km seperti Medan Tuanku, Masjid India dan Jalan Hang Lekiu.


Namun, segala usaha membantu gelandangan tidak dapat mencapai matlamat. Antara sebabnya kekangan daripada agensi kerajaan sendiri. JKM misalnya, boleh memberi pertolongan tetapi tidak berkuasa untuk menghantar mereka ke pusat gelandangan. Begitu juga YKN dengan banyak pusat gelandangan sekitar ibukota, mereka mempunyai fasiliti tempat tinggal sementara, tetapi tidak boleh memaksa mereka untuk menetap di sana.


DBKL hanya memberi khidmat sokongan kepada kedua-dua agensi, tetapi sering dilihat sebagai pihak utama mengendali isu gelandangan. Hakikatnya, mereka gelandangan hanya boleh diterima masuk ke pusat gelandangan secara sukarela tanpa paksaan, kecuali setengah kes di mana kegasaran atau masalah kesihatan.


Sikap murni masyarakat


Sukar dibayangkan bagaimana golongan gelandangan dapat menempuhi era pandemik Covid 19. Bantuan demi bantuan diberi pada masa itu, masih berterusan sehingga sekarang; menepati sikap murni orang Malaysia yang terkenal dengan belas kasihan. Andaikan setiap hari ada makanan yang bagus disediakan secara percuma, maka tidak ada keperluan gelandangan untuk keluar dari zon selesa ini.


Ya, betul, kita sepatutnya menyelami dan memahami mengapa mereka memilih untuk menjadi gelandangan. Tetapi, artikel ini ditulis agar isu gelangan dapat dilihat dari lensa pembangunan negara. Kuala Lumpur sebagai sebuah metropolitan moden, harus menangani isu gelandangan dalam kadar secepat mungkin. Penyelesaian terhadap kesemua masalah yang dibangkitkan memerlukan perancangan yang lebih menyeluruh dan turut melibatkan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan seperti DBKL, JKM, Baitumal, YPN, Imigresen dan juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Tiga Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur melakukan tinjauan

Ketiga-tiga Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur bertekad untuk membawa isu ini ke peringkat Datuk Bandar dan Kementerian. Apakah komen mereka?


Dr Bashir berkata ia adalah kegagalan institusi. “Agensi-agensi kerajaan tidak mempunyai kata sepakat untuk menggalakkan mereka keluar daripada mentaliti gelandangan. Setiap agensi mempunyai respons yang sama; tidak ada kuasa untuk memaksa mereka ke pusat gelandagan, tetapi apakah hak pemilik kedai apabila koridor mereka menjadi tempat tidur gelandangan?” kata Dr Bashir.


Perlu penyelesaian segera


Carmen pula menitik berat isu kebersihan. Beliau berkata "Sangat tidak menyenangkan dengan bau yang tidak selesa. Mereka memilih membuang air di kawasan awam, dan hanya menunggu masa untuk wabak berlaku. Lagipun, lokasi amat dekat dengan pusat pelancongan seperti Pasar Seni dan Chinatown".


Lai Chen Heng, mengutamakan imej Kuala Lumpur sebagai contoh perlaksanaan Malaysia Madani. "Saya menyahut cabaran Dato Seri Anwar Ibrahim yang menginginkan Kuala Lumpur sebagai contoh gerbaik Malaysia Madani. Saya ingin Kuala Lumpur diingati sebagai sebuah ibukota moden, dan bukan sebagai ibu kota gelandangan. Meskipun ia tidak nampak serius, tetapi ia pasti akan merebak ke kawasan yang lain. Imej kita tercalar dan sukar dikembalikan sekiranya ia tidak dibendung", katanya.


Apa yang pasti, gelandangan adalah satu realiti berlaku di depan mata kita. Meskipun sukar, segala perancangan harus perlu dilakukan dengan penuh azam dan konsisten, dengan harapan usaha membanteras isu gelandangan ini tidak sekadar melepaskan batuk di tangga.

_________________________________________________________________________________

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi Lai Chen Heng sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page