top of page

Dari aktivis ke strategis: Saifuddin Shafi antara pemimpin pilihan MPP

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 22
  • 1 min read

ree

Saifuddin Shafi Muhammad mencipta sensasi apabila muncul sebagai antara calon kegemaran bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2025.


Dipetik laporan Malaysia Gazette pada Khamis, Pengarah Strategi KEADILAN Selangor itu, yang pertama kali membuat kemunculan bertanding bagi jawatan MPP menduduki tempat kelima dalam senarai calon pilihan berdasarkan analisis sokongan semasa yang dipetik dari sumber dalaman parti.


Mendahului senarai Malaysia Gazette ialah Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, diikuti Exco Kerajaan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Sim Chon Siang. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, berada di tempat ketiga, manakala Setiausaha Politik Perdana Menteri, Chang Ming Kai, menduduki tempat keempat.


Kemampuan Saifuddin meletakkan dirinya dalam senarai calon pilihan tidak begitu mengejutkan memandangkan beliau pernah menggalas beberapa peranan penting dalam KEADILAN Selangor termasuk sebagai Pengarah Komunikasi negeri.


Dengan sejarah awal sebagai penggerak utama NGO Jingga 13, kumpulan pendesak yang lantang mengetengahkan pelbagai skandal berprofil tinggi seperti isu penyelewengan dana RM250 juta dalam kes National Feedlot Corporation (NFC), Saifuddin telah meletakkan dirinya sebagai perhatian media.


Sebagai Setiausaha Jingga 13, kenyataan-kenyataan Saifuddin sering menjadi sorotan dan rujukan berita ketika itu.


Saifuddin juga membina reputasi sebagai Presiden Anwar Ibrahim Club (AIC) sejak bertahun-tahun lalu. Beliau dalam Pemilihan 2025 peringkat cabang mencatat kemenangan bergaya sebagai Timbalan Ketua Cabang Hulu Selangor.


Dalam persaingan jawatan MPP Shaifuddin Saifuddin menawarkan tiga teras utama sebagai visinya, iaitu menginstitusikan semula semangat reformasi dalam parti, memperkasa suara akar umbi, dan menjadikan KEADILAN sebagai model parti progresif yang berprinsip dan berdaya tahan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page