top of page

Keperluan reformasi sistem pembiayaan kesihatan - Dr Dzulkefly

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 22
  • 1 min read

DS Dr Dzul (kanan) berbincang dengan Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus (kiri)
DS Dr Dzul (kanan) berbincang dengan Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus (kiri)

Oleh: Akmal Manaf


Pentas Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA78) yang sedang berlangsung di Geneva, Switzerland dimanfaatkan sepenuhnya oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagi mengangkat isu berkaitan keperluan reformasi sistem pembiayaan kesihatan yang mampan.


Menteri Kesihatan itu berkata, isu berkenaan merupakan antara satu agenda penting yang turut menjadi tumpuan dalam pelbagai sesi di WHA78 dan ia disampaikan ketika kunjungan hormat beliau ke atas Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.


"Di Malaysia, usaha ke arah ini sedang giat diperkukuh bagi membina sistem kesihatan yang lebih berdaya saing, terangkum dan adil untuk semua.


"WHO juga menyatakan sokongan terhadap kepimpinan ASEAN oleh Malaysia pada tahun ini khususnya dalam isu kesihatan sejagat, kesiapsiagaan pandemik, perubahan iklim dan kesihatan, serta pelaksanaan strategi kesihatan serantau," katanya menerusi satu kenyataan.


Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata, Malaysia akan terus berganding bahu dengan WHO dalam memperkasakan sistem kesihatan awam dan memastikan tiada yang tercicir dalam menuju masa depan kesihatan lebih adil dan berdaya tahan, selain memastikan pelaksanaan Perlindungan Kesihatan Sejagat (UHC) dapat dipercepat.


Katanya, beliau turut mengambil kesempatan menjemput Dr Tedros untuk melawat Malaysia pada November ini bagi mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dalam bidang kesihatan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page