top of page

Gejala buli: Perlunya pendidikan keibubapaan generasi Madani - NGO



Gejala buli yang masih belum berjaya diselesaikan secara tuntas di sekolah dan institusi pengajian memerlukan Kerajaan Madani memikirkan pendekatan baharu bagi menanganinya.


Bagi Pengerusi Persatuan Komuniti Pendidikan Madani (Pendidik Madani), Abas Awang, kerajaan seharusnya mengkaji suatu bentuk pendidikan skil keibubapaan yang komprehensif berdasarkan keadaan semasa untuk melatih anak anak berperilaku baik di rumah terlebih dahulu sebelum mereka menjejak kaki ke sekolah.


Katanya, hal itu bagi menjamin tingkah laku pelajar yang lebih bersopan dan berakhlak mulia.


"Pendidik Madani menegaskan ibu bapa adalah faktor utama dalam membentuk karakter anak-anak. Pembentukan sikap dan nilai murni harus bermula di rumah, dengan menilai semula program pendidikan keibubapaan yang sedia ada, termasuk dasar, kurikulum dan pelaksanaannya, agar semua ibu bapa diperlengkapkan dengan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian.

Hj Abas Awang

"Pendekatan mendidik anak-anak paling berhikmah harus dipelajari dalam era moden ini, kerana kajian menunjukkan apa jua metode yang digunakan, akan memberi impak yang besar kepada karakter anak-anak yang sedang dibangunkan.


"Oleh itu, kepakaran dalam psikologi dan kaunseling perlu dimanfaatkan untuk membangunkan program keibubapaan yang lebih berkesan, dengan pendidikan yang menekankan kasih sayang, pemahaman, dan disiplin positif sebagai kunci untuk menghapuskan gejala buli," katanya dalam satu kenyataan mengulas isu beberapa pelajar bekas penuntut institusi pendidikan yang dijatuhi hukuman mati kerana bersalah membuli rakan sebaya sehingga menyebabkan kematian beberapa tahun lalu.


Oleh itu, Abas menggesa kerajaan Madani untuk mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kertas dasar Pelan Pendidikan Keibubapaan Generasi Madani sesegera mungkin bagi menangani gejala buli.


"Pelan ini perlu menjadi asas kepada pembangunan program keibubapaan yang lebih berkesan, melibatkan kerjasama silang kementerian dan pengupayaan aktif badan bukan kerajaan (NGO).


"Kerajaan juga harus memastikan program ini dilaksanakan dengan tumpuan kepada pendidikan yang menekankan kasih sayang, pemahaman, dan disiplin positif.


"Ini adalah kunci untuk membanteras gejala buli dan mencorakkan masa depan generasi yang berakhlak mulia serta berdaya saing dalam era Madani," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page