top of page

GDBET333: Iklan judi umpan suasana Hari Raya Aidilfitri, kerajaan perlu bertindak - Fuziah



Iklan pertaruhan dalam talian GDBET333 yang menyiarkan promosi menggunakan latar belakang suasana Hari Raya Aidilfitri seolah-olah mengumpan Islam untuk berjudi bagi memperolehi perbelanjaan hari raya.


Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh mendakwa, iklan yang mencemarkan semangat Ramadan dan menyambut Aidilfitri itu tidak wajar terus disiarkan dan kerajaan Perikatan Nasional perlu mengambil tindakan tegas menyekatnya.


"Hari Raya Puasa selalu di sebut sebagai Hari Raya Aidilfitri yang bermaksud kembali kepada fitrah, atau pun kembali sebagai manusia yang baik selepas berpuasa satu bulan. Bukan setakat menahan lapar dan dahaga akan tetapi mentarbiyah diri untuk mengelakkan perlakuan mungkar.


"Untuk GDBET333 mengeluarkan iklan mengajak umat Islam berjudi mencari dana balik kampung serta beraya sungguh menyinggung sensitiviti umat Islam di bulan Ramadhan yang mulia ini.


"Saya menggesa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan yang tegas ke atas pengeluaran lagu (iklan) ini oleh GDBET333 yang jelas melanggar Akta SKMM," kata Fuziah dalam satu kenyataan, hari ini.


Menurut Ahli Parlimen Kuantan itu lagi, GDBET333 tidak wajar mempromosikan syarikatnya sebagai satu syarikat online casino dan mempengaruhi umat Islam menggunakan media sosial untuk berjudi selepas berpuasa di bulan Ramadan, semata mata untuk berhari raya.


"Ini amat amat bercanggah dengan kefahaman beraya yang bersih dari dosa kerana di bulan Ramadan juga adalah masa untuk memperoleh maghfirah atau keampunan dari Allah. Iklan GDBET333 ini boleh juga dikira sebagai menghasut umat Islam terutama anak muda melakukan dosa.


"Saya juga menggesa menteri-menteri Parti Islam Se Malaysia (PAS) di dalam kabinet dan juga menteri-menteri beragama Islam untuk prihatin tentang hal ini dan mengambil tindakan yang tegas supaya amalan yang bertentangan dengan agama Islam tidak dijadikan sebagai kebiasaan di kalangan masyarakat orang Islam," katanya lagi.


Semakan mendapati iklan GDBET333 berdurasi 2 minit berkenaan menggambarkan kekecewaan seorang pemuda Islam yang kekurangan wang dan tidak mungkin balik ke kampung pada Hari Raya.


Namun dengan berusaha bertaruh secara atas talian, kewangannya meningkat sehingga memperolehi RM2,000 dan akhirnya mampu balik berhari raya dengan bergaya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page