top of page

Garis panduan tapak perkhemahan siap akhir April




Kerajaan akan memuktamadkan Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan akhir April depan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru memberitahu Dewan Rakyat bahawa GPP itu susulan kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember tahun lalu.

Ia akan memberi fokus kepada aktiviti perkhemahan jenis asas iaitu perkhemahan yang menggunakan khemah yang didirikan di kawasan semula jadi dengan kemudahan asas yang minimum berserta kelengkapan, peralatan dan makanan yang perlu dibawa sendiri oleh peserta.


Setakat ini jelasnya, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah menyediakan draf tersebut dengan mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pelbagai agensi berkaitan, pihak berkuasa tempatan dan pemain industri.

"Antara aspek penting berkaitan perancangan dan kawalan kesesuaian tapak perkhemahan yang digariskan adalah seperti kesesuaian cadangan lokasi tapak perkhemahan yang dibenarkan di kawasan gunung dan berbukit, tepian laut, sungai, kawasan hutan, kawasan berisiko bencana semula jadi serta kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) yang lain.


"Selain itu, keselamatan tapak dengan menentukan jarak yang sesuai daripada kawasan larangan dan sensitif alam sekitar, keadaan topografi, tahap kecerunan yang sesuai serta struktur kekuatan tanah.


"Keperluan dan kesesuaian akses laluan keluar-masuk ke tapak perkhemahan serta keperluan kemudahan dan infrastruktur asas seperti sistem perparitan, bekalan air, elektrik, pembetungan, pengurusan sisa pepejal, kemudahan letak kenderaan, pejabat pengurusan, tempat berkumpul, tempat rawatan awal, tandas, tempat memasak serta surau turut diambil kira," katanya.


Akmal sebelumnya menjawab soalan Ahli Parlimen Gobind Singh Deo (PH - Damansara) yang bertanyakan sama ada kementerian berhasrat untuk mengeluarkan garis panduan untuk premis yang menjalankan aktiviti perkhemahan di kawasan cerun bukit.


"Adalah diharapkan dengan adanya garis panduan yang disediakan, aspek-aspek berkaitan keselamatan, keselesaan dan pemuliharaan alam semula jadi dapat diberi perhatian dalam perancangan dan pembangunan tapak-tapak perkhemahan supaya tragedi Batang Kali dapat dielakkan pada masa akan datang," jelas Akmal lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page