top of page

Garis panduan pengurusan solar panel siap tahun hadapan - Nik Nazmi


Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menjangkakan garis panduan bagi pengurusan solar panel siap menjelang tahun hadapan.


Menterinya, Nik Nazmi Naik Ahmad berkata, garis panduan itu berpandukan peraturan sedia ada dan perkembangan teknologi terkini.


"Proses ini telah pun bermula dan kita berhasrat garis panduan ini akan siap inshaAllah menjelang tahun hadapan sebagai rujukan kepada pihak industri.


"Berpandukan teknologi sedia ada kita akan lihat cara baharu untuk uruskan sisa ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.


Beliau berkata demikian ketika meniawab soalan Senator Noorita Sual yang ingin tahu dasar terkini pelupusan dan kitar semula lambakan sisa panel solar serta langkah mitigasi kementerian untuk mengatasi masalah berkenaan.


Jelasnya, setakat ini pihak kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar melesenkan 17 buah fasiliti kemudahan pemerolehan kembali luar tapak sepenuhnya (Full Recovery Facility) bagi tujuan pemerolehan kembali sisa panel solar negara termasuk di Selangor (empat), Pulau Pinang (tujuh), Negeri Sembilan (dua) Johor (dua) manakala Perak dan Sarawak masing-masing satu tapak fasiliti.


"Fasiliti ini berupaya membuat pemerolehan kembali sisa panel solar untuk menghasilkan logam yang bernilai tinggi serta beberapa produk akhir lain. Antara logam yang boleh diperolehi adalah seperti Kadmium, Tallinium dan Sallinium," ujarnya.


Dalam pada itu, kementerian juga komited untuk mengerakkan konsep Ekonomi Kitaran yang dilakukan melalui pelbagai inisiatif termasuk prinsip pusat perkumpulan dan pemerolehan kembali berpusat untuk panel solar dalam mengurus sisa panel solar.


"Maka pihak pengeluar panel solar perlulah bertanggungjawab menguruskan sisa tersebut dengan baik. Prinsip-prinsip yang sama ini juga sedang dilihat dalam pengurusan isu-isu lain misalnya dalam pengurusan plastik dan lain-lain perkara yang berkaitan," ujarnya.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page